CARI TAJUK

Isnin, 19 Ogos 2013

TEKNIK-TEKNIK PERSAMPELAN

TEKNIK-TEKNIK PERSAMPELAN

Pengenalan

-Sampel merupakan bukti audit yang dikaji dengan mendalam supaya kesimpulan
ke atasnya dapat dijadikan asas untuk mengeluarkan laporan audit Bukti-bukti yang dikumpulkan melalui ujian-ujian yang dijalankan hendaklah mencukupi dan munasabah supaya juruaudit dapat bersandar padanya di dalam membuat laporan audit. Juruaudit tidak melakukan pemeriksaan ke atas semua maklumat yang sedia ada kerana beliau dapat membuat kesimpulan mengenai baki akaun, kelas-kelas akaun dan transaksi serta system kawalan dalaman syarikat melalui ujian ke atas sampel
Definisi
Secara umum
-Ditakrifkan sebagai satu proses memperoleh maklumat tentang ciri-ciri populasi
yang terdiri daripada butiran melalui pemeriksaan terhadap sebahagian daripada
butiran populasi tersebut
Persampelan Audit

-Satu pelaksanaan tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan terhadap
butiran yang kurang daripada seratus peratus

-Dalam bentuk baki akaun atau kelas-kelas urusniaga

-Juruaudit dapat memperoleh bukti audit dan menilainya bagi sesuatu ciri untuk
membuat kesimpulan tentang ciri-ciri tersebut

-Pelaksanaan 100% perlu jika : -
Mengaudit bahagian yang melibatkan bilangan yang kecil tetapi penting
Mengaudit bahagian yang mempunyai kepentingan khusus
Mengaudit perkara-perkara luar biasa
Menghadapi keadaan yang membawa kecurigaan kepada juruaudit

Istilah-istilah

1. Risiko persampelan

-Risiko atau kemungkinan juruaudit membuat kesimpulan berdasarkan
persampelan mungkin berbeza dari kesimpulan yang dicapai dari ujian 100% ke
atas populasi

2.Risiko bukan persampelan
-Kemungkinan perancangan yang tidak teratur
-Pemilihan prosedur audit yang tidak tepat
-Membuat kesilapan semasa memeriksa dokumen
-Kesilapan semasa melaksanakan prosedur
3.Kesilapan dan kesilapan boleh terima

-Kesilapan : kawalan penyimpangan semasa mengadakan ujian kawalan atau
salah nyataan dalan transaksi atau baki akaun

-Kesilapan boleh terima : kadar kawalan penyimpangan maksimum yang mana
juruaudit boleh terima dan prosedur kawalan masih boleh dipercayai

4. Unit persampelan

-Item individu dalam populasi

Jenis-jenis Persampelan

1.Persampelan Pertimbangan

-Semakin kecil ralat tertanggung, semakin besar saiz sampel yang diperlukan
oleh juruaudit

2. Ketepatan

-Darjah kebolehpastian andaian bahawa kadar ralat dalam sampel wujud secara
berkadar dengan populasi secara keseluruhannya

3. Tingkat keyakinan

-Tahap kepercayaan juruaudit yang menjangka bahawa ciri populasi yang sedang
dipertimbangkan terletak dalam had ketepatan yang ditentukannya Merupakan ukuran yang menunjukkan setakat mana juruaudit mempertahankanbuntuk mempercayai bahawa sampel yang dipilih menggambarkan ciri-ciri populasi yang diwakilinya.

Pemilihan Sampel

-Saiz sampel dipilih biasanya dalam bentuk bilangan item atau peratusan
daripada jumlah populasi

-Saiz sampel hanya akan bertambah sedikit walaupun saiz populasi bertambah dengan banyak
-Beberapa kaedah pemilihan secara rawak:
1.Menggunakan jadual angka rawak
-Pemilihan melalui satu jadual yang menyenaraikan semua item yang akan dipilih
secara rawak
-Kaedah ini dapat menghindarkan pengaruh sikap peribadi seperti
pendapat,kepercayaan dan pengalaman semasa prosess pemilihan
2.Secara bersistematik dan berjarak
-Berasaskan kaedah ini,butiran dipilih daripada populasi dengan mengambil satu
item daripada populasi pada jarak yang seragam diantara satu item yang dipilih
dengan yang lain

3. Secara berstrata

-Kaedah ini sesuai digunakan apabila populasi yang diperiksa itu dibahagi kepada
beberapa strata atau peringkat yang akan diuji secara berasingan

4. Secara berkelompok

-Kaedah ini sesuai jika maklumat yang akan diperiksa disimpan mengikut
kumpulan-kumpulan tertentu
-Kaedah ini sesuai sekiranya populasi yang terlibat dalam pemeriksaan adalah
banyak dan berselerak
-Ia lebih berkesan sekiranya maklumat untuk semua kumpulan itu adalah sama
dan setiap kumpulan mengandungi berbagai-bagai maklumat yang berkaitan

5. Menggunakan computer

-Sesuai digunakan sekiranya maklumat yang terlibat untuk dipilih banyak
Kebaikan teknik persempelan

1. Menjimatkan masa
2.Mengurangkan prosedur yang merumitkan
3.Berkesan untuk pengauditan item-item yang banyak
4.Pemilihan sampel terhadap item-item penting
5.Perkara luar biasa dalam populasi dapat diberi perhatian
Keburukan teknik persampelan
1.Wujud salah nyata
2.Sesetengah item tidak dapat diaudit
3.Bukti audit yang didapati mungkin meragukan
4.Hanya ikut pertimbangan juruaudit untuk memilih sampel
5.Risiko mungkin tidak dapat dikesan


WESTON, PEKAN JALAN MATI

PROGRAM ANAK ANGKAT DAN AKTIVITI PENGUMPULAN DATA DI PEKAN WESTON, BEUFORT SABAH

WESTON, PEKAN JALAN MATI

Weston merupakan sebuah kawasan di daerah Beufort dimana hampir 80% penduduknya merupakan nelayan pinggir pantai. Seramai 84 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) diiringi oleh tiga orang pensyarah telah menjalankan suatu penyelidikan mengenai aktiviti pelancongan di kawasan tersebut. Sebelum bertolak ke kawasan kajian, kesemua mahasiswa dan mahasiswi berserta pensyarah berkumpul di foyer Sekolah Sains Sosial bagi mendapatkan beberapa taklimat berhubung aktiviti yang akan dijalankan. Satu kejutan kepada kami dimana mahasiswa dan mahasiswi akan diberi kepada keluarga angkat. Perasaan teruja terpapar di wajah setiap mahasiswa dan mahasiswi kerana perkara ini tidak dilaporkan sebelum ini. Selepas mendengar taklimat dari pensyarah, kesemua 84 mahasiswa dan mahasiswi bertolak dari UMS pada jam 9.30 pagi menggunakan dua buah bas.

Semasa perjalanan ke Weston, dapat diperhatikan pelbagai landskap guna tanah di sepanjang jalan ke destinasi. Kawasan berpaya, hutan renek, kawasan perladangan dan pertanian serta kawasan perumahan adalah beberapa landskap guna tanah yang terdapat di sepanjang perjalanan kami. Hampir satu jam setengah perjalanan, kami berhenti di Papar untuk bersarapan. Setelah selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju dan kami tiba di pekan Beufort pada pukul 12 tengahari. Pekan Beufort mrupakan sebuah kawasan yang sedang membangun dimana terdapat pelbagai kemudahan bagi penduduk kawasan tersebut. Terdapat landasan kereta api dari Kota Kinabalu menghubung ke Beufort di kawasan tersebut. Dapat disimpulakn bahawa system perhubungan di kawasan ini memuaskan dan membantu penduduk sekitar.

Setelah melalui pekan Beufort, kami melintasi jambatan yang merintangi Sungai Padas. Sungai yang agak lebar dilintasi dengan lancar disebabkan jambatan yang dibina dalam keadaan yang baik. Air sungai yang mengalir tenang kelihatan agak keruh dan ini menandakan bahawa terdapat aktiviti di hulu sungai yang menjadi punca kepada kekeruhan air sungai tersebut. Setelah melintasi jambatan Sungai Padas dengan selamat, kami meneruskan perjalanan sehingga menjumpai satu papan tanda yang tertulis “WESTON” yang menandakan perjalanan kami ke destinasi sudah hampir. Setelah memasuki simpang ke Weston, kami dihidangi pemandangan kampung yang sangat berbeza dengan perkampungan di Semenanjung Malaysia. Keadaan atau struktur pembinaan rumah di sekitar kampung sangat menarik.

Setelah hampir tiga jam perjalanan, kami tiba di pekan Weston. Kehadiran kami disambut oleh penduduk kampung. Penduduk kampung bukan sahaja menunggu kehadiran kami malah menunggu kehadiran ahli parlimen Putatan yang turut hadir bagi memeriahkan program anak angkat dan aktiviti komuniti 1 Malaysia. Aktiviti tersebut terut mendapat liputan dari Radio Television Malaysia (RTM). Sebelum ketibaan ahli parlimen tersebut, kami diberi taklimat mengenai program anak angkat oleh penyelaras program. Setelah taklimat selesai, kami dibahagi-bahagikan kepada keluarga angkat masing-masing secara tidak rasmi. Setelah berkenalan dengan keluarga angkat, saya bersama rakan saya menuju ke kediaman Pak Zabidi. Kami menuju ke rumahnya menggunakan lori dan kami saling berkenalan dengan bapa angkat kami tersebut di dalam lori. Semasa menuju ke kediaman Pak Zabidi, kelihatan beberapa buah rumah atas air yang sangat menarik perhatian saya. Ini menyebabkan saya teruja dan lebih ingin mengenali kawasan Weston dengan lebih dekat.

Setibanya di kediaman Pak Zabidi, saya dan rakan saya disambut dengan meriah oleh Pak Zabidi sekeluarga. Kami saling berkenalan dan dihidangkan dengan makanan tengahari. Setelah selesai menjamu selera, kami pergi melawat jambatan yang baru dibina bernilai 15 juta ringgit di sekitar perkampungan atas air seterusnya kami bertolak semula ke pekan Weston bagi majlis perasmian program anak angkat dan aktiviti komuniti 1 Malaysia oleh ahli parlimen kawasan tersebut. Setelah selesai, kami diberikan beberapa taklimat mengenai pengedaran soal selidik oleh pensyarah. Setelah selesai, kami menjalankan aktiviti pangumpulan data di sekitar kawasan pekan Weston dan Kampung Weston. Saya dapat menemubual Ketua Puteri UMNO bahagian Weston dan mendapat maklumat yang dapat menjawab keseluruhan soal selidik. Terdapat mahasiswa dan mahasiswi menyertai aktiviti sukaneka bersama penduduk kampung.

Setelah selesai makan malam di rumah Pak Zabidi, saya dan rakan bersama Pak Zabidi sekeluarga menuju ke dewan orang ramai bagi melihat rakaman dari pihak RTM tentang adat budaya perkahwinan masyarakat Brunei. Pelbagai persembahan dan adat istiadat dipersembahkan semasa lakonan perkahwinan dijalankan. Setelah selesai rakaman tersebut, hadirin dijamu dengan persembahan kesenian tarian, aktiviti karaoke, cabutan bertuah dan permainan tradisi main bubu. Permainan ini amat mengujakan saya kerana mainan ini terdapat penerapan unsur mistik. Bubu yang dihias seperti seorang wanita dipegang oleh beberapa orang pemain akan melompat-lompat mengikut irama paluan kompang. Permainan seperti ini jarang-jarang sekali kelihatan di Semenanjung Malaysia dan merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Semasa aktiviti tersebut berlangsung, saya berkesempatan menemubual penduduk tempatan bagi memenuhi soal selidik. Keramahan penduduk tempatan memudahkan kami mengumpul data dalam penyelidikan ini. Pelbagai sejarah dan kisah di kawasan Weston diceritakan oleh penduduk tempatan.

Setelah selesai majlis tersebut, kami menuju ke kediaman keluarga angkat masing-masing. Terdapat rakan-rakan yang menghadiri majlis kanduri di kawasan berdekatan. Saya dan rakan meneruskan perjalanan ke rumah Pak Zabidi dan ingin berehat setelah hampir sehari sibuk dengan aktiviti. Menceritakan pengalaman merasai makanan masyarakat Brunei, tidak dinafikan bahawa makanan masyarakat ini lebih kepada makanan hasil laut seperti udang dan ikan. Menurut Pak Zabidi, makanan laut yang terkenal di Weston ialah keenakkan udang galah yang mudah didapati di kawasan Weston. Kami terlepas peluang untuk mengikuti tawaran Pak Zabidi bersama anaknya lelakinya turun menangkap udang kerana kami kesuntukan masa.

Keesokkan paginya, saya dan rakan bersama Pak Zabidi dan adiknya ke kawasan resort berdekatan bagi melihat monyet belanda dan kawasan sekitar resort. Setibanya kami disana, mata saya mencari-cari kelibat monyet yang sukar-sukar dijumpai di semenajung Malaysia. Namun hasrat saya itu tidak berhasil kerana difahamkan monyet belanda sangat pemalu dan mengelakkan diri dari bertemu manusia. Adik Pak Zabidi yang mengambil jala di belakang lori dan menebarkan jalanya di tepi sungai. Hasil yang diperoleh agak memuaskan dimana terdapt beberapa ekor udang galah terperangkap di dalam jala tersebut. Sungai Weston memang kaya dengan udang galah dan hasil laut yang lain. Nelayan kebanyakkannya menangkap udang di kawasan muara tersebut. Hasil dijual kepada orang tengah dan dipasarkan ke seluruh pekan Beufort malah sampai ke Kota Kinabalu. Terdapat pelancong yang datang ke Weston untuk menduga udang di kawasan tersebut. Aktiviti memancing turut dijalankan dan menjadi hobi penduduk tempatan. Kawasan tepian sungai tersebut turut menjadi habitat kunang-kunang yang tinggal di pokok-pokok bakau di tepian sungai.

Setelah puas mengutip udang yang dijala, kami meneruskan perjalanan ke pekan Weston dimana aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung akan dijalankan. Walau bagaimanapun, aktiviti itu dibatalkan disebabkan terdapat masalah-masalah yang tak dapat dielakkan. Masa yang terluang digunakan oleh kami bagi menyelesaikan tugasan pengumpulan data. Saya yang sudah selesai dengan tugasan tersebut mengikut pelawaan pensyarah untuk menaiki bot mengelilingi sungai Weston dan melihat kawasan persisiran sungai. Pelawaan tersebut tidak dilepaskan, saya dan rakan-rakan menuju ke jeti dan menunggu giliran unuk menaiki bot. Sementara menunggu giliran, saya singgah ke rumah seorang wanita yang sedang membersihkan ikan untuk dijadikan sebagai ikan kering. Rumahnya yang terletak diatas air menarik perhatian saya. Setelah puas beramah mesra, saya kembali ke jeti untuk menaiki bot.

Perasaan gementar memang terasa apabila ini merupakan kali pertama saya menaiki bot tambahan pula tiada jaket keselamatan yang disediakan. Walau bagaimanapun, perasaan tersebut hilang setelah melihat persisiran tepian sungai yang dipenuhi pokok nipah dan bakau. Kelihatan nelayan sedang khusyuk melepaskan jaring ke dasar sungai bagi menangkap udang. Menurut pemandu bot, ketika waktu malam, pokok bakau akan dipenuhi dengan kunang-kunang. Selain monyet belanda, kunang-kunang turut menjadi tarikan para pelancong dalam dan luar negara. Ketika sibuk penungkah arus, mata saya tertumpu kearah dahan bakau dimana kelihatan seekor monyet belanda sedang bergayut. Setelah mendengar deruan enjin bot, monyet tersebut terus melarikan diri seperti mana kata Pak Zabidi bahawa monyet belanda merupakan haiwan yang pemalu. Selain itu, sungai tersebut turut menjadi habitat buaya.

Setelah puas menjelajah sungai Weston, saya dan rakan pulang ke rumah keluarga angkat untuk melakukan persiapan pulang ke kolej. Sebelum saya dan rakan pergi mengemas barang-barang untuk pulang, kami sempat menunggang beca kepunyaan anak Pak Zabidi mengelilingi kampung. Perkara melucukan terjadi apabila beca yang ditunggang oleh rakan hilang kawalan menyebabkan kami terjatuh ke dalam paya. Itu merupakan pengalaman lucu yang tidak dapat dilupakan oleh saya dan rakan. Makan tengahari kami pada hari itu sangat istimewa kerana kami dijamu dengan sambal udang galah yang dijala pada pagi tadi. Sangat sedap apabila menjamu udang yang segar ditangkap di sungai.
Setelah barang-barang selesai dikemas, saya dan rakan pergi berjumpa dengan Pak Zabidi sekeluarga dan saling salam bersalaman tanda perpisahan. Perasaan sebak dan terharu bermain di dalam perasaan. Keluarga Pak Zabini menemani kami ke tempat berkumpul dan setibanya kami ke situ, kelihatan keluarga angkat yang lain telah berkumpul bersama anak angkat masing-masing. Hujan turun seperti tidak merestui perpisahan kami. Walaubagaimanapun, setiap yang bertemu tetap akan beerpisah. Kami berkumpul dan bergambar bersama keluarga angkat masing-masing. Setelah selesai, kami bertolak ke bas masing-masing dan destinasi seterusnya ialah Sipitang dimana popular dengan satenya yang sedap.

Setibanya di Sipitang, kami menuju ke gerai-gerai di tepian laut yang menjual sate. Kawasan Sipitang agak membangun seperti kawasan Beufort. Kelihatan beberapa buah kapal kargo berlabuh di kawasan perairan kawasan Sipitang. Setelah selesai menjamu selera di gerai berdekatan, kami meneruskan perjalanan di dataran berhampiran laut untuk bergambar sebagai kenang kenangan. Kawasan perairan kelihatan agak tercemar mungkin disebabkan oleh aktiviti perkapalan dan pengaliran air kumbahan ke laut. Dapat dilihat beberapa paip atau saliran yang mengalirkan air tercemar dari Bandar berdekatan ke dalam laut. Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan pelancong.

Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan pulang. Suasana hujan mengiringi perjalanan kami. Walau pun agak keletihan, perasaan gembira tetap kelihatan di wajah kami berpeluang mengikuti program ini. Disamping menjalankan proses pengumpulan data, kami turut dapat beramah mesra bersama penduduk kampung terutama keluarga angkat yang tidak henti-henti membantu kami dalam proses mendapatkan data. Terasa tempoh masa dua hari satu malam bersama keluarga angkat tidak mencukupi kerana terdapat pelbagai tempat yang menarik di sekitar kawasan Weston tidak dapat dijelajahi. Walau bagaimanapun, data yang dikumpul diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada pembanggunan kawasan Weston yang kaya dengan sejarah dan eko pelancongannya yang tersendiri. Memang tidak dinafikan, kawasan Weston merupakan kawasan yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Walau bagaimanapun, peluang atau tarikan tersebut tidak di kormesilkan ke peringkat luar. Diharapkan pihak kerajaan dapat membantu penduduk tempatan mengkormesilkan kawasan Weston sebagai lokasi pelancongn yang popular seperti kawasan pelancongan yang lain di Sabah disamping dapat membangunkan ekonomi Weston dan memajukan kawasan tersebut.


UNTUK TEMPAHAN HOMESTAY, SILA HUBUNGI : 013-8859086

Penentuan Jenis Tumbuhan dan Media Penurasan dalam Rawatan Air Kumbahan Domestik dengan Teknologi Paya Buatan

Penentuan Jenis Tumbuhan dan Media Penurasan dalam Rawatan Air Kumbahan Domestik dengan Teknologi Paya Buatan


Supli Effendi Rahim1, Hasimah Alimon2, Nurul Bahiyah Abd Wahid2, Jamin Barus3

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan jenis tumbuhan dan media penurasan bagi merawat air kumbahan domestik menggunakan kaedah eksperimen dengan teknologi paya buatan. Sampel air kumbahan yang digunakan dalam kajian ini diperolehi daripada Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Lima parameter kualiti air telah diuji iaitu DO, BOD, TSS, pH dan kekeruhan, di mana ianya diuji pada hari ke lima dan hari ke sepuluh kajian. Hasil kajian didapati bahawa penuras jenis B iaitu medium penurasan yang diperbuat daripada dari kerikil, pasir, dan arang kayu menunjukkan kesan terbaik dengan menurunkan kekeruhan (86.5%), TSS (99%) dan BOD (35%), serta mampu menaikkan pH air daripada 4.44 kepada 6.33. Terdapat enam tumbuhan dikenalpasti dapat mengurangkan pencemaran setelah lima hari rawatan dijalankan, iaitu Crassula helmsiiPistia stratiotes, Kyllinga brevifolia, Limnocharis flava, Oryza sativa, dan Eichornia crassipes (Mart.). Setelah sepuluh hari rawatan dijalankan, terdapat 6 tumbuhan yang terbaik dalam merawat air tersebut iaitu Leersia hexandra Sw, Crassula helmsii, Eichornia crassipes (Mart.), Echinochloa colonum, Limnocharis flava dan Kyllinga brevifolia. Kesimpulannya, sistem rawatan menggunakan paya buatan ini mampu menurunkan kadar bahan cemar dari sisa kumbahan dengan efektif jika menggunakan tumbuhan yang lebih sesuai dan kaedah penurasan yang tepat.

SOROTAN LITERATUR

Pencemaran air menjadi satu masalah yang sering diperkatakan di seluruh dunia walaupun dewasa ini pelbagai teknologi canggih dalam rawatan air sedang diterokai. Kaedah rawatan yang dapat memberi kesan positif serta menggunakan kos yang lebih rendah perlu digunakan bagi menjamin kelestarian alam pada masa depan.
            Peranan paya semulajadi (natural wetland) sebagai kaedah rawatan air telah dikenalpasti dapat memberi impak yang baik kepada alam sekitar. Ia dibuktikan oleh beberapa penyelidik yang mengkaji keberkesanan kaedah paya semulajadi ini. Proses yang berlaku di dalam paya semulajadi ini, mencetuskan idea penciptaan paya buatan atau constructed wetland (CW) sebagai kaedah alternatif bagi merawat air. Paya buatan dibuat serupa dengan paya semulajadi dan ditanam dengan tumbuhan akuatik atau semi-akuatik. Air kumbahan diendapkan di paya buatan tersebut sebelum dilepaskan ke perairan umum (Khiatuddin, 2003).
            Air kumbahan domestik berasal dari penggunaan seharian di rumah seperti mencuci dan mandi. Air kumbahan dengan kandungan organik tinggi yang dialirkan terus ke sungai akan mengakibatkan kehilangan oksigen terlarut dalam jumlah yang besar untuk proses dekomposisi. Ini mengakibatkan sungai akan mengalami keadaan anaerobik.       
Alternatif rawatan air kumbahan domestik boleh dilakukan secara paya buatan (CW). Pemilihan CW adalah atas kemampuannya untuk merawat pelbagai air kumbahan dengan baik, mengurangi bahan pencemar seperti BOD, SS, patogen, nutrien dan logam berat (Pastor et al., 2002). Teknologi CW merupakan teknologi yang menggunakan tenaga yang rendah sebagai alternatif kepada penurunan nutrien dalam air dengan kos yang rendah untuk kumbahan industri, bandar dan kegiatan pertanian (Kadlec dan Knight, 1996 dalam Vymazal, 2002). Air kumbahan sebelum dialirkan ke CW perlu melalui rawatan pendahuluan untuk mengendapkan pepejal terampai supaya media tidak tersumbat dan tidak berlakunya aliran bawah permukaan (Vymazal, 2002). 
Prapa Sohsalam (2006) melaporkan bahawa tumbuhan air pada CW berskala kecil mampu menurunkan kadar BOD5 pada kumbahan makanan laut dengan kecekapan 94-99%. Kumbah rawatan hasil pertanian di Poggio Antico, Florence, Itali yang dirawat dengan CW aliran melintang (horizontal flow constructed wetland) berjaya menurunkan kadar COD, TSS dan Total Coli dengan kecekapan masing-masing 93%, 81% dan 99% (B. Pucci). Manakala Sariwahyuni (2006), melaporkan tumbuhan Eichhornia crassipes menyerap logam berat Pb dan Cd secara optimum pada hari ke-3, diikuti dengan penurunan pada hari ke-6 dan seterusnya ke hari ke-20.
            Beberapa tumbuhan lain yang berpotensi untuk digunakan dalam sistem paya buatan adalah seperti lalang (Imperata cylindrica (L.) Beauv.), sejenis rumput air yang boleh dimakan (Limnocharis flava), rumput paya (Leersia hexandra Sw), rumput padang kylinga (Kyllinga brevifolia), rumput padang (Axonopus compressus), rumput pahit (Paspalum conjugatum Berg), keladi air (Colocasia esculenta), (Crassula helmsii), rumput samba (Echinochloa colonum), tangki (Mimosa invisa Mart. Ex Colla), keladi bunting (Eichornia crassipes (Mart.)),  selom (Ooenanthe javanica), kangkung air (Ipomoea aquatica), kiambang (Pistia stratiotes), dan padi (Oryza sativa).
Sehingga kini belum banyak kajian dilakukan tentang tumbuhan yang terbaik dalam menurunkan kadar bahan pencemar pada air kumbahan domestik menggunakan teknologi paya buatan. Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada penentuan jenis tumbuhan dan media penurasan yang berpotensi dalam menurunkan kadar bahan pencemar dalam air kumbahan domestik dari sekitar Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia dengan teknologi paya buatan.

RUJUKAN

Effendi, H.. 2003. Telaah Kualitas Air. Kanisus. Yogyakarta
Khiatuddin, M. 2003. Melestarikan Sumber Daya Air Dengan Teknologi Rawa Buatan,    Gajah   Mada University Press, Jogjakarta
Pastor, R., C. Benqlilou., D. Pas., G. Cardenas., A. Espuña dan L. Puigjaner. 2003.           Design optimisation of constructed wetlands for wastewater treatment. Resources,   Conservation & Recycling. 37 pp.193-204.
Pucci, B., G. Conte., N. Martinuzzi., L. Giovanelli dan F. Masi. 1996. Design and             Performance   of A Horizontal Flow Constructed Wetlands for Treatment of  Dairy         and Agricultural Wastewater in The ”Chianti” Countryside.
Sariwahyuni. 2006.  Penjerapan Logam  Pb dan Cd  Pada Berbagai Kombinasi pH Larutan         Media  Tanam  dan  Lama  Penanaman  Gulma  Air  Enceng Gondok (Eichhornia   crassipes), dalam majalah Teknik Industri, volume           11, 19, Disember 2006.
Sohsalam, P., A.J. Englande dan S. Sirianuntapiboon. 2006. Effect of Plant Species on Microbial Groups and Pollutants Removal in Small Constructed Wetland,     makalah  konferensi International Conference on Environment, Penang, Malaysia, 2006.
Vymazal, J. 2002. The use of sub-surface constructed wetlands for wastewater treatment in the Czech Republic: 10 years experience. Ecological Engineering. 18 pp.633-646
Yuanita, C. 2003. Pengaruh variasi media tanam terhadap penurunan kandungan organik (PV) dan TSS pada rawatan efluen IPLT Keputih, Sukolilo Surabaya dengan      memanfaatkan tumbuhan cattail (Typha latifolia) menggunakan system   constructed wetlands. Tugas Akhir Jurusan Teknik Lingkungan ITS. Surabaya.

Jerebu : Fenomena pencemaran udara di Semenanjung Malaysia

Jerebu : Fenomena pencemaran udara di Semenanjung Malaysia

          Fenomena jerebu merupakan fenomena yang tidak asing lagi dan sering berlaku di semenanjung Malaysia. Jerebu adalah partikal-partikal atau zarah-zarah halus seperti debu, gas pencemar dan asap yang tidak nampak oleh mata kasar yang terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi(Borneo Post : 1997).  Fenomena jerebu yang sering berlaku di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia bukan sahaja berlaku hasil daripada pencemaran udara di kawasan itu sendiri, tetapi membabitkan unsur dari negara jiran.(Shaharudin : 2006). Selain itu, kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena El-Nino dan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatera menjadi penyebab dan penggalak masalah jerebu di Malaysia(Norazuan Hashim: 2006).

Pada tahun 2005, Majlis Keselamatan Malaysia telah mengumumkan tentang pengisytiharaan darurat di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Kawasan yang pernah diisytiharkan darurat ketika berlakunya masalah jerebu ialah Lembah Klang, Kuala Lumpur, dan Hulu Selangor(Sautun Nhadhah: 2005). Keadaan ini berlaku kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara kelebihi bacaan 500 iaitu mencapai tahap berbahaya(Shafinaz; 2005). Memang tidak dinafikan bahawa pelepasan gas dari kenderaan, perindustrian, dan pelupusan sisa pertanian menjadi punca utama kepada berlakunya masalah jerebu. Namun masalah ini turut berlaku akibat pencemaran merentasi benua.

Selain itu, fenomena semulajadi turut menjadi penyumbang kepada berlakunya fenomena jerebu di semenanjung Malaysia.(Sautun Nhadhah: 2005). Tiupan angin umpamanya akan memindahkan bahan-bahan terampai tersebut ke kawasan lain. Ini dapat dibuktikan dimana tiupan angin monsun telah memindahkan jerebu dari kawasan selatan semenanjung ke kawasan utara iaitu di Pulau Pinang (Sautun Nhadhah: 2005). Masalah jerebu turut memberi kesan kepada aktiviti manusia, ekosistem alam sekitar dan turut mempengaruhi psikologi seseorang seperti kemurungan, kekurangan tenaga, tiada motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti, rasa cemas dan takut, masalah tidur, lebih cepat naik marah, dan masalah selera makan.(Teoh Hsien Jin: 2008). Selain itu, masalah jerebu turut menjejaskan ekonomi Malaysia (Shaharudin : 2006). Keadaan ini perlu diambil perhatian kerana semenanjung Malaysia merupakan kawasan pentadbiran pusat bagi kerajaan Malaysia.

Mengapakah isu jerebu ini masih menjadi permasalahan sedangkan ia pernah menimbulkan masalah yang besar suatu masa dahulu? Tanggal 26 September, 1997 menyaksikan kejadian jerebu teruk dikatakan menjadi punca kecelakaan pesawat Airbus A300 B4-220 milik Garuda Indonesia yang membunuh kesemua 234 orang penumpang dan anak kapal di Medan, Indonesia apabila jarak penglihatan dilaporkan sekitar 600-800 meter sahaja. Jerebu juga merupakan punca perlanggaran sebuah kapal kargo dan kapal tangki di Selat Melaka pada tahun yang sama. Dikatakan juga bahawa akibat dari jerebu ini, kerugian yang disebabkan oleh turunnya kadar pelancongan dan hasil pertanian dianggarkan mencecah berbilion dolar (Sautun Nhadhah: 2005). Seterusnya pada tahun 2005, Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor telah diishtiharkan darurat berpunca dari fenomena jerebu ini.  

Jika dilihat dari skop yang luas, fenomena jerebu sememangnya menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh setiap negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat dalam skop yang lebih kecil sebagai contoh di Semenanjung Malaysia, fenomena jerebu sememangnya menjadi satu masalah yang amat berat. Selain itu, masalah ini turut mengganggu aktiviti seharian serta menjejaskan kesihatan manusia(Shafinaz: 2006). Fenomena jerebu di Semenanjung Malaysia akan menjadi skop kajian ini. Dalam mengkaji apakah permasalahan dalam fenomena jerebu di semananjung Malaysia, dapat disimpulkan beberapa permasalahan yang ingin dikaji:-

1.    Apakah punca yang mendorong berlakunya masalah jerebu di semenanjung Malaysia?
2.    Bagaimanakah kaedah yang digunakan bagi mengukur tahap pencemaran udara ini?
3.    Apakah langkah yang wajar diambil bagi mengatasi dan mengawal daripada berlakunya masalah jerebu.
4.    Apakah kesan dari fenomena jerebu kepada manusia, alam sekitar dan ekonomi di kawasan yang dilanda jerebu terutama di semenanjung Malaysia.

Melalui persoalan ini, kajian tentang masalah jerebu yang sering berlaku di Semenanjung Malaysia akan dikaji. Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti sebagai lokasi kajian. Lokasi seperti Lembah Klang, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai bagi menjalankan kajian ini. Lokasi ini sering menjadi lokasi terjadinya fenomena jerebu(Mastura Mahmud: 2009).

Fenomena jerebu yang terjadi di semenanjung Malaysia sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Peristiwa jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah memberi kesan yang hebat di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang sehingga menyebabkan darurat jerebu diistiharkan di Kuala Selangor dan Kelang pada 11 Ogos 2005(Mastura Mahmud: 2009). Dalam kajian ini, objektif kajian yang ingin dicapai merangkumi seperti berikut:-

1.    Mengenalpasti punca kepada berlakunya masalah jerebu di semenanjung Malaysia.
2.    Mengenalpasti kaedah yang digunakan bagi menganalisis tahap pencemaran udara ini.
3.    Mencadangkan  langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi mengatasi serta mengawal daripada berlakunya masalah jerebu.
4.    Meneliti kesan dari fenomena jerebu keatas manusia, alam sekitar, serta ekonomi di  kawasan yang dilanda jerebu terutama di semenanjung Malaysia.


Kesimpulannya, masalah jerebu merupakan satu masalah yang amat membimbangkan terutama di Semenanjung Malaysia. Dengan kajian ini, beberapa aspek tentang fenomena jerebu di Semenanjung Malaysia dapat dirungkaikan. Dengan menjadikan beberapa objektif kajian sebagai pandu arah kepada kajian, diharapkan fenomena jerebu di Malaysia dapat dikawal serta peristiwa darurat jerebu yang berlaku di Hulu Selangor pada tahun 2005 tidak berulang. 

PERBEZAAN ETNIK DAN HUBUNGAN SESAMA KAUM DI IPTA

PERBEZAAN ETNIK DAN HUBUNGAN SESAMA KAUM DI IPTA

PENGENALAN

Malaysia telah mengalami pembangunan dan tranformasi sosial serta ekonomi semenjak kemerdekaannya pada tahun 1957. Namun, selain agenda pembangunan dan pemodenan terdapat beberapa isu lain yang harus ditangani sekiranya Malaysia ingin mengekalkan kadar pembangunannya yang dikecapi sekarang. Antara isu yang dimaksudkan ialah isu perpaduan dan pergaulan bagi membetuk satu bangsa yang harmoni. Isu ini amat penting, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kelompok etnik, budaya, bahasa, dan agama.
          Persoalan tentang perpaduan dan pergaulan pelbagai bangsa ini telah banyak diperkatakan, terutamanya selepas tahun 1957 sehinggalah sekarang oleh pelbagai golongan dalam masyarakat. Golongan ini termasuklah ahli politik, cerdik pandai serta golongan masyarakat biasa. Pelbagai program, strategi, langkah serta dasar-dasar sosial dan ekonomi telah dilaksanakan untuk membentuk perpaduan dan kerjasama di samping menutup jurang perbezaan di antara kaum ini. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua kaum untuk saling mengenali kepelbagaian budaya yang berbeza di antara mereka dan seterusnya menjamin kesejahteraan dan keharmonian mereka terutamanya selepas peristiwa berdarah, 13 Mei 1963.
          Jika diperhatikan dalam skop yang lebih kecil, terdapat banyak masalah yang dihadapi dalam pergaulan terutama sesama mahasiswa terutama di universiti.  Masalah pergaulan dan perhubungan yang dihadapi dalam kalangan mahasiswa ini memberi kesan dimana akan menggugat keharmonian dan kesejahteraan dikalangan mahasiswa. Dengan kajian soal selidik yang dilakukan, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti menjadi kekangan dalam pergaulan dikalangan mahasiswa. Walaupun keharmonian diantara mahasiswa masih dalam keadaan yang memuaskan, namun terdapat masalah yang secara tidak langsung mengganggu pergaulan dan perhubungan dalam kalangan mahasiswa. Oleh itu, masalah yang dihadapi ini perlu dikenal pasti bagi memastikan hubungan dan pergaulan sesama mahasiswa berjalan lancer dan harmoni.


PERMASALAHAN KAJIAN

Seperti yang kita sudah sedia maklum, universiti Malaysia sabah  mempunyai pluraliti etnik, budaya, agama, dan bahasa. Kepelbagaian ini menyebabkan wujudnya cabaran dalam memahami budaya kaum lain contohnya, dari segi pertuturan (loghat), cara bergaul, berpakaian dan kehidupan harian sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh yang kita dapat perhatikan disini ialah Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti yang mempunyai mahasiswa dari pelbagai etnik dan bangsa.
 Seperti yang diketahui,  bahawa di negeri Sabah sahaja terdapat lebih 30 entik pelbagai bangsa dan budaya. Antara etnik yang terdapat di Sabah ialah kadazandusun, bugis, bisaya, rungus, sungai dan banyak lagi. Jika ditambah dengan mahasiswa dari semenanjung, kumpulan etnik dan bangsa ini akan bertambah. Ini mengakibatkan berlakunya masalah dalam pergaulan sesama mahasiswa yang baru. Di peringkat universiti, salah satu langkah untuk meningkatkan lagi kefahaman para pelajar tentang betapa pentingnya membina satu hubungan yang erat di antara kaum adalah dengan mewajibkan pelajar mengambil kursus berkaitan dengan pembinaan bangsa yang kukuh dan hubungan etnik.
Kajian yang dilakukan ini memfokuskan perbincangan tentang masalah yang menganggu keharmonian dan pergaulan dalam kalangan mahasiswa dimana akan menjejaskan integrasi kebangsaan masyarkat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Selain itu, kajian turut menumpukan kepada cabaran dan masalah pergaulan yang dihadapi dalam mencipta keharmonian dan pergaulan sesama mahasiswa serta memahami dan menangani cabaran dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia dan seterusnya di peringkat global.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini  adalah untuk :
1.    Mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian  masalah dalam masyarakat dan kumpulan etnik yang ada di kampus yang mengehadkan perhubungan di antara mereka.
2.    Merungkap permasalahan baru yang menjadi halangan dalam pergaulan dan hubungan dalam kalangan mahasiswa di universiti.  

METODOLOGI KAJIAN

Dua pendekatan telah digunakan dalam kajian ini iaitu pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Dalam pendekatan kuantitatif, sebanyak 40 borang soal selidik telah diedarkan kepada 40 orang mahasiswa yang telah dipilih yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Melalui pendekatan kualitatif pula, didalam borang soal selidik yang diedarkan, terdapat soalan dimana memerlukan responden memberi maklumat secara bertulis bertujuan untuk mendapatkan pandangan secara langsung pandangan responden tentang sesuatu isu. Kaedah pemerhatian juga digunakan iaitu memerhati gelagat dan tingkah laku pelajar secara umum sama ada berada di kolej kediaman, dewan kuliah, dan kawasan lain di sekitar kampus.

KESIMPULAN

Peri pentingnya kita memelihara, memupuk, dan menjamin kelangsungan hubungan etnik yang harmonis bukan sahaja di peringkat pengajian kita sebagai pelajar tetapi juga di peringkat Malaysia ialah suata fakta yang telah diterima umum oleh segenap lapisan masyarakat. Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima dan mengakui  bahawa hubungan etnik yang harmonis merupakan anak kunci sebenar kepada kemakmuran dan kesejahteraan Negara ini. Kesedaran ini membawa kepada kefahaman bahawa kepelbagaian bukan sesuatu yang semestinya bersifat negatif atau sesuatu yang menggalakkan pertentangan. Kepelbagaian juga merupakan satu kekuatan kerana dari sudut alamiah, manusia memang wujud berpuak-puak, berkelompok dan bermastautin di tempat-tempat yang berbeza di antara satu dengan yanglain. Tidak hairanlah, membina kesepaduan daripada kepelbagaian itu merupakan satu kemestian yang akan memastikan kelangsungan sesebuah masyarakat. Perasaan positif dan prihatin terhadap semua kelompok etnik yang berbeza haruslah berlandaskan kefahaman yang mendalam. Apabila perasaan ini wujud, maka akan terbina pula perilaku dan tindakan yang bersifat akomodatif, iaitu sedia menerima golongan etnik yang berbeza yang mempunyai kelainan dalam pelbagai aspek. Sifat akomodatif serta kesanggupan menerima golongan etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan, adat resam dan agama merupakan aspek yang sangat penting dalam pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi mewujudkan suasana harmonis dan aman damai.  
Secara keseluruhannya di universiti ini, dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai pengalaman yang hampir sama di mana mereka mempunyai kesukaran dalam memahami perbezaan yang jelas akibat daripada pergaulan dalam kumpulan etnik yang berbeza. Pada mulanya, keadaan memang agak rumit kerana belum dapat membiasakan diri dengan suasana baru di universiti tetapi lama-kelamaan pelajar berasa semakin seronok dan teruja dengan perbezaan tersebut dan membuatkan mereka ingin mempelajari perbezaan tersebut. Dalam unversiti ini, tidak hairanlah jika kita melihat pelajar bukan dari suku kaum Kadazandusun akan menari tarian tradisional Sabah iaitu ‘sumazau’ ataupun pelajar Kadazandusun menari tarian Tamil pada sambutan hari-hari perayaan di universiti ini. Dari segi pertuturan, pelajar Melayu telah pandai menggunakan perkataan ‘bah’ yang menjadi ‘trademark’ bagi pelajar Sabah. Nyatanya, perbezaan kumpulan etnik tidak menjadi batu penghalang bagi pelajar UMS menjalinkan hubungan harmoni sesama mereka.


Khamis, 27 Jun 2013

KHIDMAT MEMBETULKAN KESALAHAN EJAAN, TATABAHASA, DAN PENGGUNAAN JARAK YANG TIDAK TEPAT UNTUK TESIS / LATIHAN ILMIAH / DAN LAIN-LAIN



KHIDMAT MEMBETULKAN KESALAHAN EJAAN, TATABAHASA, DAN PENGGUNAAN JARAK YANG TIDAK TEPAT UNTUK TESIS / LATIHAN ILMIAH / DAN LAIN-LAIN

1- Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dalam menyiapkan latihan ilmiah atau tesis adalah mencari kesalahan ejaan, penggunaan tatabahasa yang tidak betul, dan penggunaan jarak yang tidak tepat. Hal ini mewujudkan hasil kajian yang kurang memuaskan dan menggangu markah yang bakal diberikan oleh penyelia dan pensyarah untuk kajian yang dilakukan.

2- Bagi mengatasi masalah ini, pihak kami menyediakan khidmat membetulkan kesalahan ejaan, tatabahasa dan penggunaan jarak yang tidak tepat dalam BAHASA MELAYU dan BAHASA ENGLISH. 

3- Kami menggunakan kaedah tertentu bagi mengenalpasti dan memperbetulkan masalah yang terdapat dalam hasil kerja saydara dan saudari.

4- Khidmat ini terbatas dengan perisian WORD 2007 sahaja.

5- Contoh pembetulan adalah seperti dibawah.


SEBELUM


 SELEPAS


6- Jika berminat dengan perkhidmatan ini, sila emailkan tugasan atau kerja anda ke email dibawah.

dr.akmal6666@gmail.com

7- Caj sebanyak RM 15.00 akan dikenakan bagi setiap perkhidmatan yang dilakukan.

8- Perbandingan diatara kedua-dua kerja sebelum dan selepas akan di email kembali dan setiap kesalahan akan di highlight bagi memudahkan saudara mengenalpasti kesalahan tersebut.

9- Apa persoalan boleh berhubung terus dengan email diatas. Sekian terima kasih.

Rabu, 12 Jun 2013

APAKAH ITU HERBA DAN JENIS TUMBUHAN UBATAN?

APAKAH ITU HERBA DAN JENIS TUMBUHAN UBATAN?

PENGENALAN
          Manusia menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai punca makanan dan perubatan semenjak zaman batu. Segala pengalaman dan pengetahuan diturunkan melalui mulut ke mulut dan di warisi turun temurun. Namun begitu, apabila dunia semakin moden manusia mencari penemuan baru. Kini, setelah puas disogok pelbagai bahan tiruan, manusia kembali kepada asal iaitu alam semulajadi.
          Perubatan tradisional berkait rapat dengan sejarah sosio budaya manusia. Setiap masyarakat di dunia ada sejarah perubatan asli tersendiri. Di Malaysia, perubatan tradisional terbahagi tiga iaitu Melayu/Orang Asli, Cina dan India. Perubatan Cina berasaskan Confucius, India Ayurveda manakala Melayu campuran budaya Hindu, Arab dan Orang Asli. Walaubagaimanapun, semuanya ada ciri sepunya iaitu bahan mentahnya berasal dari tumbuhan.
TUMBUHAN HIJAU PENUH KHASIAT
          Sebanyak 76 spesis paku-pakis dan 1215 spesis tumbuhan berbiji di Semenanjung Malaysia didakwa berkhasiat ubatan, termasuk untuk kecantikan. Lebih 125 ribu jenis tumbuhan ada khasiat perubatan yang berasaskan penggunaan. Pola penggunaan perubatan tradisional kalangan lelaki biasanya untuk menjaga kesihatan, meningkatkan tenaga mental, fizikal dan keupayaan lelaki. Hampir 40 peratus kegunaannya untuk orang perempuan bagi tujuan kecantikan seperti awet muda, melangsingkan badan, kegebuan kulit serta meningkatkan daya tarikan seks, mengawal perjalanan haid dan menjarangkan anak.
          Bahagian tumbuhan yang lazim digunakan ialah akar, batang, daun, ranting, buah dan juga keseluruhan pokok. Lazimnya ia berbentuk kasar seperti akar kayu yang dikeringkan atau bentuk segar yang direbus dan diminum airnya. Hanya segelintir diproses, seperti jamu, makjun dan minyak urut/urat. Secara umum kajian setakat ini yang dilakukan oleh Profesor Madya Dr. Marziah Mahmood daripada Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi UPM (1993) membuktikan benar mengenai dakwaan dan kepercayaan tentang kebaikan 10 jenis spesis tumbuhan kumpulan kunyit dan jarum emas. Namun begitu, khasiat yang ada tidak stabil dan mungkin hilang dalam pemprosesan atau melalui peruapan. Terutama jika barangan tersimpan lama dalam pasaran.

Rahsia Di Sebalik Nama
Pudina
Tumbuhan ini sejenis herba dan senang ditemui di tempat lembap. Daunnya boleh dimakan sebagai ulam. Daunnya dan sedikit perahan air limau ditumbuk lumat, dipupuk pada dahi untuk ubat sakit tekak. Minyak yang didapati daripada daunnya dikenali sebagai minyak perlu atau peppermint. Mujarab digunakan untuk sakit kerongkong dan sebagai perasa masakan atau gula-gula.
Mata Pelanduk
Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan belukar dan pinggir hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan untuk perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.
Dukung Anak
Pokok yang tumbuh di tepi-tepi jalan dan serata tempat lapang ini banyak khasiat dan rahsia. Air dan rebusan pokok ini diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Malah kajian sains membuktikan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati kudis dan luka. Bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti penyakit demam kuning (jaundice), ambil secekak pokok ini dan masak dengan sedikit susu kambing. Pokok Dukung Anak juga sering direbus bersama tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada mereka yang menghidap sakit batuk berdarah.
Serai
Pokok ini lazim ditanam untuk kegunaan masakan. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada dahi mampu meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malah bisa-bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara itu. Air perahan serai berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.

Putarwali
Ia hanya boleh ditemui di dalam hutan dan air rebusan akarnya mampu mengawal paras gula darah. Patinya boleh membebaskan hormon insulin sekali gus meningkatkan penggunaan glukosa dan tisu badan. Selain itu didakwa ia mampu mengembalikan kekuatan tenaga batin lelaki yang telah berusia.
Jarum Emas
Ia sejenis rumput yang boleh ditemui di kawasan lapang. Tumbuhan parasit ini hidup menumpang pada pokok lain serta tidak berakar. Air rebusannya dipercayai mampu mengubat sakit pinggang, sakit urat saraf dan elak untuk ibu bersalin. Pun saranan pengkaji sains, ia harus direbus mengikut cara teratur. Lima batang pokok harus direbus bersama 0.5 liter air.
Kacip Fatimah
Ia sejenis tumbuhan hutan berkayu kecil. Minum air rebusannya dikatakan mampu memudahkan ibu bersalin. Malah ia dikatakan elok diminum sewaktu ibu berpantang.
Tongkat Ali
Tumbuhan ini dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi apabila diminum air rebusan akarnya. Malah penyakit seperti sakit jantung, kencing manis serta sakit kepala boleh diredakan dengan mengamalkan minuman air rebusannya. Ibu bersalin sering dicadangkan minum air rebusannya untuk mengubati luka.
Pepanggil
Tumbuhan ini berbunga merah, mempunyai ketinggian di antara enam hingga lapan kaki. Daunnya jikalau direndam dan diminum dikatakan mujarab sebagai julap pencuci usus. Bengkak di perut dikatakan boleh dikurangkan dengan menyapu air rebusan pokok ini.
Bidara
Bidara (ziziphus mauritiana) ialah tumbuhan hutan yang kini ditanam secara komersil. Berukuran 4.6 meter tinggi, ia mempunyai pelbagai kegunaan, terutama dari segi perubatan oleh masyarakat kampung, khususnya di Melaka. Rebusan kulit dan biji bidara boleh diminum untuk menghentikan cirit-birit. Bidara mengeluarkan buah yang rasanya manis dan enak dimakan.
Terung Pipit
Sejenis pokok renek berukuran lebih 1.5 meter tinggi, dikatakan mujarab bagi merawat sakit kepala, sengal otot, taun, cirit-birit dan mengurangkan demam panas. Losyen yang dihasilkan daripada daun terung pipit sesuai digunakan untuk mengubat buasir manakala tempelan akar pokok yang ditumbuk lumat boleh memulihkan tumit kaki yang pecah. Buah terung pipit pula enak dijadikan ulam atau dimasak sambal dan jika kerap dimakan, ia mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain mengandungi pelbagai khasiat, masyarakat kampung biasanya mencampurkan daun terung pipit dalam masakan untuk menambah selera makan.
Asam Gelugur
Sejenis pokok yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Rasa buah asam gelugur yang masam menjadikannya antara bahan penting untuk memasak. Asam gelugur juga diguna untuk menyembuhkan kesan demam selsema. Dalam kajian terbaru dunia perubatan, pengkaji mengenal pasti dan mengasingkan bahan kimia yang dihasilkan daripada asam gelugur untuk diguna dalam penghasilan ubat antitekanan darah tinggi.
Cili
Cili ditemui oleh bangsa Sepanyol kira-kira abad ke -16 semasa era perkembangan baru dunia. Cili boleh didapati dan ditanam meluas di seluruh dunia. Di antara negara-negara tersebut ialah Brazil, Congo, India, Jepun, Honduras, Guatemala, Mexico, Mombassa, Uganda, China dan Amerika Syarikat. Cili adalah dari keluarga Solanaceae iaitu satu keluarga dengan ubi kentang dan tomato. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa spesis dan yang paling popular ditanam di Malaysia hanya dua jenis iaitu Capsicum annum dan Capsicum frutescen. Contohnya, cili padi, cili api, cili gadung, cili tomato dan cili akar.
Cili yang bersaiz kecil lebih pedas rasanya. Kepesasan cili adalah bergantung kepada kandungan Capsaicin/Capsaicivoids di dalamnya. Terdapat 5 komponen capsaicin di dalam cili, iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin. Komponen tersebut mambantu merawat sistem peredaran darah yang kurang lancar seperti aliran darah pada tangan, kaki dan jantung. Buah cili yang pedas dapat meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme yang mengakibatkan lancarnya peredaran darah. Capsaicin juga bersifat mukokinetik yang dapat mengurangi, mengatur dan mengeluarkan lendir dari paru-paru bagi penyembuhan bronchitis, influenza, masuk angin dan asma.
Buah cili juga mengandungi flavoid dan antioksidan yang dapat melindungi tubuh dari penyakit barah. Biji cili mengandungi capsaicin yang mampu mencegah jangkitan pada sistem pencernaan. Minyak cili dipanggil capsicol. Ia diguna sebagai ubat sapu bagi mengurangkan sengal-sengal, sakit gigi, sesak nafas dan gatal-gatal. Di negara barat, cili diproses menjadi tablet dan digunakan sebagai bahan pelali, melawan kelesuan atau lemah badan. Cili menyumbang sumber vitamin C, B, E dan protovitamin A bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia.
Bawang
Nama saintifik bawang ialah Allium cepa L. Bawang mula-mula ditemui di Asia Tengah, iaitu dari Iran hingga ke Pakistan. Sejak itu ia dibawa oleh pedagang-pedagang ke seluruh rantau yang dijelajahi. Sehingga kini negara terbesar yang menghasilkan bawang ialah China, iaitu kira-kira 228,000 tan pada tahun 1979. Bawang diketahui digunakan di dalam masakan sejak 5000 tahun dahulu sejak zaman Pharaoh. Pada zaman Roman, hanya orang miskin sahaja yang menggunakan bawang sebagai bahan masakan. Bawang mula popular apabila Raja Poland Stanisiaus mengahwinkan anaknya dengan Raja Louis 15 dari Perancis. Merekalah yang mula-mula mencipta French Onion Soup. Sejak itu orang mula suka makan bawang.
Mereka mendapati orang yang makan bawang lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana Allicin yang terdapat di dalam bawang didapati boleh mencegah kehidupan sesetengah bakteria. Mengunyah bawang mentah selama 3 minit mampu membunuh segala bakteria di dalam mulut. Bawang juga mengandungi protein dan kaya dengan kalsium, riboflavin, potasium, vitamin A dan C. berdasarkan penyelidikan doktor di Rusia, jika seseorang makan bawang mentah setiap hari, dia akan terhindar daripada masalah kesakitan gigi. Bawang juga dikatakan boleh mencegah dan mengeluarkan kahak serta digunakan sebagai ubar merawat batuk, demam, radang paru-paru, selsema, pirai (gout), sengal-sengal tulang (reumatik) dan masalah hati. Bawang juga berkesan merawat insomnia jika dimakan sewaktu harapan.
Bawang Besar
Bawang besar ditanam melalui bunga bawang yang sudah kering. Proses tanaman bawang daripada benih hingga mendapat hasil mengambil masa setahun. Satu pokok hanya menghasilkansebiji bawang. Bawang semai ditanam di tanah rata, cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak terdapat air bertakung. Bawang dianggap matang dan boleh dituai setelah daunnya kering. China, India dan Amerika adalah adalah 3 negara yang menanam bawang secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis bawang, iaitu bawang putih, kuning dan merah. Antara ketiga-tiga jenis ini, bawang jenis merah yang kurang berbau. Tidak banyak perbezaan antara bawang besar dan bawang kecil. Di Barat, bawang dimakan mentah sebagai salad. Di Malaysia bawang besar dinamakan Nenasi Red sedap dimakan mentah. Pendapat yang mengatakan mereka yang kuat makan bawang mempunyai bau badan yang kuat belim dapat di pastikan. Dinegara-negara tropika yang cuacanya panas dan lembap, bau badan disebabkan beberapa faktor tertentu. Salah satu daripadanya ialah fungus yang hidup di badan manusia.
Bawang Putih
Bawang putih berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke Eropah oleh para pedagang dan penjajah. Nama saintifiknya ialah Allium Satirum. Orang Eropah menggunakannya sebagai satu cara pengubatan selama beribu-ribu tahun dan dipercayai melindungi daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan. Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang primitif menyukainya kerana percaya tumbuhan ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyalit.
Orang Mesir purba percaya bawang putih mempunyai rahsia awet muda. Buruh-buruh yang membina piramid diberi makan bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih juga dipercayai dapat menyembuhkan luka yang banyak digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sistem perubatan Ayurvedic menggunakan bawang putih untuk menghalang penyakit sengal dan saraf. Ia juga digunakan untuk menyembuhkan bronkitis, pneumonia, lelah, selsema dan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, untuk mengeluarkan angin dan parasit serta cara berkesan melegakan batuk pada kanak-kanak.
Sungguhpun bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak beribu-ribu tahun lalu, namun kajian mengenainya hanya dilakukan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Bawang putih mentah mengandungi asid amino yang dinamakan alliin. Apabila bawang putih dipotong, alliin bercampur dengan enzim yang dinamakan allinase dan menukar alliin kepada allicin, agen anti bakteria dan me,bantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana ini, terdapat minat mendalam untuk mengkaji dan menggunakan bawang putih sebagai cara mencegah penyalit jantung dan lumpuh. Kajian menunjukkan minyak bawang putih yang diberi kepada arnab mengurangkan kadar lipoprotein darah (low-density lipoprotein atau LOL), mengurangkan kolestrol tidak elok yang melekat ke saluran arteri. Dengan ini mengelakkan risiko dari diserang penyakit jantung.
Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit sahaja lemak. Ia juga mengadungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan, terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium. Minyak bawang putih dijual dalam bentuk kapsul dan banyak terdapat di pasaran. Setiap biji kapsul mengandungi minyak yang diproses daripada bawang putih. Kajian perubatan juga menunjukkan pesakit jantung yang diberi makan 10 ulas bawang putih setiap hari selama sebulan menunjukkan pertambahan bahan anti-beku dalam darah mereka. Orang Korea gemar makan bawang putih yang dicicah dengan sos taucu sebagai pembuka selera sebelum makanan dihidangkan. Bawang putih juga dihidangkan sebagai sup dan sos. Menurut kajian saintifik yang dijalankan, golongan tersebut boleh hidup lebih lama.
Bawang putih ditanam daripada biji dan ladang bawang putih terbesar terdapat id China, Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Mesir dan India. Ia memerlukan tanah kering untuk hidup subur. Selepas dituai, bawang putih boleh disimpan selama 2 atau 3 tahun. Ia mudah bercambah walaupun disimpan di peti sejuk. Kini proses radiasi digunakan untuk menghalang bawang putih daripada mudah bercambah. Bawang putih juga mudah bercambah di tempat gelap. Oleh itu, ianya elok disimpan di tempat terang. Lapisan kulit bawang putih yang kering tidak perlu dibuang agar tahan lebih lama.     
Kentang
Terdapat beratus jenis ubi kentang yang tumbuh di seluruh dunia. Ia adalah daripada keluarga Solanaceac seperti terung dan tomato. Ubi kentang berasal dari negara Bolivia daan Peru dan ia telah mula ditanam semenjak tujuh ribu tahun dahulu. Semenjak orang Sepanyol membawa ubi kentang keluar dari Amerika Selatan pada abad ke -16, ubi kentang telah menjadi bahan penting dalam setiap masakan orang Eropah. Kini, ubi kentang ditanam secara besar-besaran terutamanya bagi peladang di Amerika Syarikat.
Khasiat Kentang.
          Ubi kentang mempunyai banyak khasiatnya. Ini disebabkan oleh ianya kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.
          Selain daripada itu, ubi kentang juga merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia juga merupakan sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Di dalam ubi kentang juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ia lebih efektif daripada yang terdapat dalam kacang soya. Kulit kentang pula kaya dengan clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.
          Kajian turut mendapati, hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad  dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria. Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.
Kurma
Dikenali juga sebagai Phoenix dactylifera. Kurma adalah sejenis buah yang mengandungi banyak garam galian. Bagi setiap orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan 3 biji kurma, kecuali jika tiada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan manis yang lain. Secara saintifik, logiknya kerana sepanjang hari berpuasa, badan kita menggunakan tenaga daripada makanan yang diambil ketika bersahur. Makanan ini melalui proses pencernaan dan penyerapan. Kandungan karbohidrat di dalam makanan-makanan akan ditukar kepada glukosa, sumber utama tenaga yang mudah diserap oleh badan. Selepas 6 jam, kandungan glukosa di dalam sistem pencernaan tidak mencukupi untuk menampung keperluan badan. Maka ketika ini kita akan berasa lapar. Penggunaan glukosa yang tersimpan di dalam badan perlu di ganti secepat mungkin iaitu ketika berbuka.  

Khasiat:
          Kandungan khasiat kurma bagi setiap 100 gram ialah:-


Karbohidrat
Kalsium
Potassium
Kalium
Karotin
Air
Protein
Serat
Ferum/besi
Vitamin (B1, B2 & niasin)

7.5 g
55 mg
62 mg
535 mg
140 mg
23 mg
2.3 mg
1.0            1.0 g
0.8 mg
1.43 mg

         
Daripada jumlah di atas, setiap 100g. kurma boleh menymbang sebanyak 295 kalori tenaga.
Kiwi
Pada asalnya kiwi banyak tumbuh di negara China dan dikenali sebagai Yantoa (Chinese Gooseberry). Pada masa kini, ia banyak tumbuh di New Zealand dan popular dengan nama kiwi sempena nama burung kiwi di New zealand. Kiwi mempunyai gabungan rasa buah tembikai, strawberi dan pisang. Kulitnya yang berbulu coklat halus nampak hodoh. Namun begitu isinya cantik, berwarna hijau muda dan berbiji halus, membulat di tengahnya membentuk corak seperti bunga.
Selain cantik sebagai hiasan kek, puding dan agar-agar, buah kiwi sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Sebahagian besar vitamin C boleh diperolehi di dalam buah kiwi. Buah kiwi yang bersaiz sederhana boleh membekalkan 75 mg vitamin C. sebanyak 120 peratus vitamin C keperluan harian boleh dibekalkan oleh buah kiwi. Kandungan kalorinya sangat sedikit berbanding limau manis. Kandungan seratnya pula, empat kali lebih banyak daripada anggur.
Pengambilan serar dapat membantu mengawal nafsu makan dan melancarkan fungsi usus. Gabungan serat, magnesium dan potassium dapat mengurangkan tahap kolesterol, menormalkan tekanan darah dan membina arteri yang kuat. Garam galian tersebut juga penting bagi proses pertumbuhan tulang rangka dan membaik pulih. Buah kiwi juga baik untuk gigi kerana jusnya dapat meninggikan kawalan dos asid askorbik. Vitamin C yang dikandungnya juga boleh bertindak sebagai 'berus gigi penyingkir' untuk mengurangkan pertumbuhan karang gigi.
Epal
Epal bukan sekadar murah dan mudah diperolehi malah ia adalah buah yang berkhasiat dan berzat. Rasanya yang masam-masam manis boleh mengurangkan rasa mual setelah memakan makanan yang berlemak. Epal tidak mengandungi lemak atau kolesterol malah tiada langsung mengandungi sodium. Sebiji epal turut menyumbang sepertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Epal merah mengandungi karotin yang membekalkan vitamin A. mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersihkan dan menyihatkan gigi. Sungguhpun epal mengandungi gula buah asli, namun banyaknya pengeluaran air liur menolong mengelakkan kerosakkan gigi.
     Sebiji epal yang beratnya 200 gram mengandungi empat gram serat, iaitu sama dengan serat yang terkandung dalam tiga keping roti bijirin campuran atau seperempat cawan oat yang telah dimasak. Kandungan serat yang tinggi membuatkan kita rasa kenyang selepas memakannya. Secara tidak langsung, boleh menurunkan berat badan. Tambahan lagi kandungan kalorinya rendah, iaitu hanya 40 kalori.
Pemakanan yang tinggi kandungan serat boleh menghindari beberapa jenis penyakit seperti kegemukan, barah usus dan penyakit jantung. Penyakit-penyalit tersebut boleh dihindari kerana kandungan serat seperti pektin dan serat-serat yang lain boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut. Salah satu daripada asid organik itu ialah asid butirik yang menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usus yang sihat. Asid butirik juga didapati boleh melemahkan enzim yang diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.
Pokok epal ditanam daripada keratan batangnya. Cuaca sejuk, tidak terlalu panas, hujan mencukupi dan cuaca yang baik semasa musim memetik amat bersesuaian dengan penanaman pokok epal. Epal mula berbuah setelah berusia tiga tahun. Namun begitu, buahnya menjadi lebat semasa pokok berusia lima tahun. Pokok epal boleh membesar sehingga setinggi empat meter. Biasanya ianya dicantas agar rimbun dan mudah semasa memetik buahnya. Australia, USA, New Zealand, Chile, Afrika Selatan dan Perancis adalah negara pengeluar epal paling besar. Jenis epal yang ditanam ialah Gala, Fuji, Sundowner, Golden Delicious, Pink Lady, Granny Smith, Jonathan & Delicious.
Pulut-Pulut
Pulut-pulut atau Urena lobata didapati tersebar luas di kawasan tropika seluruh dunia. Ia tumbuh sebagai rumpai di kawasan-kawasan yang terdedah seperti di tepi jalan dan di kawasan buangan. Di Malaysia, spesis ini biasanya boleh didapati di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan laut. Tumbuhan ini mudah dibiakkan dengan hanya menanam biji benih yang telah masak. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ianya tergolong dalam famili Maluaceac yang terdiri daripada 1550 spesis tumbuhan di seluruh dunia, terutamanya di kawasan tropika.
Ciri-ciri:
          Sejenis tumbuhan renek yang boleh tumbuh sehingga setinggi 1.2 meter. Hampir kesemua bahagian tumbuhan ini diselaputi oleh bulu. Susunan daunnya berselang-selang, selalunya bercuping palmat (berupa tangan) dengan ukuran 6.5 cm lebar. Bunganya yang tunggal tumbuh di celah daun, bersaiz kecil dan berwarna merah jambu. Buahnya pula diselaputi oleh bulu berlengkok dan terdiri daripada lima cuping yang berasingan apabila telah masak.
Kegunaan:
          Semua bahagian tumbuhan ini iaitu akar, batang, daun, bunga dan buahnya digunakan dalam pengubatan tradisional rantau ini. Ia boleh digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti radang sendi-sendi, disenteri, sakit perut, malaria, demam, cirit-birit, batuk, penyakit-penyakit kulit, pengeluaran darah berlebihan, penyakit dada dan kesukaran ketika bersalin. Tumbuhan ini juga dilaporkan boleh digunakan untuk melakukan pengguguran (di negara China) dan berguna sebagai penawar racun jika dimakan bersama bunga raya (Hibiscusrosa-sinensis).
          Di Malaysia, pucuk dan daun pulut-pulut digunakan di dalam beberapa istiadat tradisi yang berkaitan dengan penanaman beras dan dalam majlis perkahwinan. Ia juga dibawa bersama tangkal pelindung (protective charm) ketika pergi memburu gajah. Kulit pada batang tumbuhan pulut-pulut berserat dan boleh menggantikan rami (jut) dalam industri pembuatan tali dan guni. Di Brazil, tumbuhan ini ditanam secara besar-besaran untuk tujuan tersebut. Terdapat sejenis kertas liat yang diperbuat daripada kulit batang pulut-pulut. Arang kayu yang dibuat daripada pulut-pulut digunakan untuk menghitamkan gigi.
Mengkudu
Mengkudu berasal dari hutan. Ia boleh ditemui tumbuh dengan suburnya di negara-negara yang berdekatan dengan garisan Khatulistiwa seperti India, Malaysia, Indonesia, Filipina, Indo-China dan Hawai. Di Malaysia pokok mengkudu mempunyai dua spesis. Mengkudu liar atau mengkudu hutan (Morinda tinctoria) adalah mengkudu asal yang kini tumbuh meliar di belukar dan di kawasan tanah lapang seperti di tepi laut. Pokoknya berbentuk rendang dan berbuah kecil sebesar ibu jari. Buahnya berbintik-bintik seperti bisul kecil dan menirus. Ia berasa pahit.
Satu lagi spesis mengkudu yang sering terdapat di kawasan berhampiran pantai dan belukar ialah mengkudu India atau mengkudu busuk (Morinda citrifolia). Spesis ini dikatakan berasal dari India tetapi telah membiak dengan suburnya di negara kita sejak hampir 100 tahun dahulu. Mengkudu India berbeza dari segi saiz daun dan buah, iaitu lebih besar berbanding mengkudu hutan. Buah mengkudu India berwarna hijau sewaktu muda dan berubah warna kuning susu kepada kuning setelah mencapai peringkat cukup masak. Saiz buahnya boleh membesar sehingga 12 sentimeter.
Mengkudu di tanam di kawasan kampung kerana buahnya yang mengandungi khasiat perubatan. Orang tua-tua dahulu percaya bahawa mengkudu dapat merendahkan tekanan darah tinggi, mengurangkan angin dalam badan, menambah selera makan, awet muda dan sebagai syampu yang amat baik untuk rambut. Mereka telah mengamalkan pengambilannya secara tradisional. Amalan yang mereka gunakan ialah memakan pucuk mengkudu yang direbus sebagai ulam, memakan buah mengkudu masak dengan garam dan meminum jus mengkudu dengan madu lebah.
Khasiat Mengkudu:
          Ahli biokimia dari Universiti Hawai iaitu Dr. Ralph M. Heinicke telah membuat kajian secara saintifik dan telah membongkar rahsia khasiat buah mengkudu yang mengandungi bahan xeronine. Xeronine merupakan bahan penting dalam penggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan melalui tindak balas kimia antara proxeronine dan proxeronase. Xeronine membantu membesarkan liang-liang pada usus kecil yang membolehkan kadar serapan bahan nutrien daripada makanan dipertingkatkan. Selain xeronine, mengkudu juga amat kaya dengan bahan antioksidan. Kepekatan bahan antioksidan dalam mengkudu adalah lebih tinggi berbanding dengan tumbuhan lain. Dengan adanya bahan antioksidan dalam badan, ia akan melambatkan proses penuaan.
          Khasiat mengkudu terdapat di seluruh bahagian pokoknya. Ia meliputi pucuk, bunga, kulit kayu, akar, daun dan buah. Pucuknya direbus sebagai ulam, bunga untuk merawat penyakit mata dan kulit kayu untuk pewarna kain, disentri dan malaria. Akarnya untuk mengelakkan kesakitan akibat luka, meningkatkan sel darah putih, merangsang sistem endrokkrin, mengandungi bahan antikongesi untuk mengelakkan penyekit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan bahagian otak. Daunnya boleh dijadikan sayur kerabu, pewarna nasi kerabu, dimasak sebagai sayur, untuk membungkus tungku bagi menaikkan kembali rahim ibu yang baru lepas bersalin ke tempat asalnya, melancarkan perjalanan haid, bertindak sebagai antibakteria khususnya kepada bakteria jenis Salmonella dan Shigela. Buah mengkudu yang dikisar boleh diminum sebagai jus yang merangsang pertumbuhan dan membaiki tisu, diabetes, hypertension dan reumatism. Buahnya juga boleh dimakan mentah di mana sangat berkhasiat kepada ibu dalam pantang untuk memulihkan tenaga dan memerahkan pipi. Jika disapu pada betis, kesan bersisik dan merekah pula tumit kaki akan hilang.
Jus mengkudu
          Jus mengkudu diperolehi daripada buah mengkudu yang masak. Buah mengkudu dihancurkan untuk mendapatkan jus yang tulen. Mengikut kajian perubatan yang dijalankan oleh beberapa makmal penyelidikan dalam dan luar negara, mendapati jus mengkudu memberi kesan positif kepada penyakit-penyakit berikut:
ü ü     Sistem pernafasan
Sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
ü ü     Penghadaman
Perut kembung, ulser duodenal, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam dan keracunan makanan.
ü ü     Kardiovaskular
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan aras kolesterol.
ü ü     Gangguan dalam tubuh
Kencing manis, sakit kepala yang berlarutan atau migraine, sakit ginjal, buah pinggang, pundi kencing, psoriasis dan tiroid.
ü ü     Mulut dan tekak
Radang tekak, sakit gusi, sakit tekak, sakit tekak dan batuk.
ü ü     Demam
Demam, muntah-muntah dan selsema.
ü ü     Sakit tulang dan sendi
Sakit sendi atau arthritis, gout, terseliuh dan terkehel.
ü ü     Penyakit kulit
Bisul, luka dan ulser kulit.
ü ü     Sakit Puan
Penyakit keputihan, senggugut dan gangguan haid.

Penyakit lain:
Ketumbuhan atau tumor.


Lain-lain kesan:
          Mampu membina sel-sel baru di bawah kulit kepala dan menghasilkan pertumbuhan rambut. Mengembalikan kekuatan benih lelaki dan perempuan (kesuburan). Menguatkan otot kelakian.
Kesan usia:
Digunakan sebagai tonik untuk melambatkan kesan penuaan (awet muda). Untuk mendapatkan khasiat daripada jus mengkudu, pengawal dinasihatkan agar meminumnya setiap pagi, iaitu 30 minit sebelum sarapan sebanyak 100 ml atau 3 sudu besar sahaja. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

          Malaysia adalah antara negara terkaya dengan sumber semulajadi. Sebagai rakyat kitalah yang mesti menyedari kewujudan tumbuhan berpotensi di negara sendiri. Sekiranya ada pihak lain yang mendakwa tumbuhan kita kepunyaan mereka, ini suatu yang merugikan. Penyelidikan lebih menyeluruh dan terperinci tentang kuantiti dan cara menggunakan ubat tradisional perlu dilakukan agar perubatan tradisional dan moden dapat sama bergandingan ke arah masyarakat sihat dan cergas.