Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang
terbesar dalam dunia. Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah
berdasarkan kepada konsep pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat
dari sudut sejarah, boleh dikatakan hampir keseluruhan negara dunia ketiga ini
mempunyai perkaitan yang rapat dengan negara-negara barat, terutamanya negara
kuasa barat yang suatu masa dahulu menjajah negara dunia ketiga.
Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini
mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan
menakluk negara tersebut. Negara imperialisme ini mengamalkan dasar-dasar
negara mereka dan memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis mereka di negara
jajahan mereka. Pada asalnya negara-negara dunia ketiga ini merupakan negara
yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pertanian, hasil-hasil
hutan dan aktiviti perdagangan dengan struktur sosial-politik yang stabil dan
bebas daripada kawalan dan cengkaman negara asing.
Keadaan ini berubah selepas kedatangan pihak barat yang menjajah
negara mereka dan telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis
ekonomi kerana segala khazanah alam dan hasil bumi yang lumayan talah dimiliki
dan diambil oleh pihak penjajah. Dengan itu juga maka bermulalah satu proses
pembangunan semula di negara-negara dunia ketiga. Akibat daripada proses
pembangunan yang tidak seimbang di negara dunia ketiga ini telah mewujudkan
negara yang dikenali sebagai negara miskin dan negara barat yang menjajah itu
dikenali sebagai negara kaya.
DEFINISI NEGARA DUNIA KETIGA
Negara-negara dunia ketiga ataupun juga dikenali sebagai negara
sedang membangun ini dikelasifikasikan sebagai negara yang tidak mempunyai
sebarang industri yang sofistikated dan mempunyai pendapatan perkapita yang
rendah. Negara ini meliputi hampir keseluruhan di benua Afrika, Asia dan
negara-negara Amerika Selatan.
Sebarang ekonomi di negara dunia ketiga dikategorikan sebagai
murahan dan mempunyai tenaga kerja yang tidak berskil langsung.Terdapat hampir
70% daripada penduduk dunia ketiga terlibat dalam aktiviti pertanian yang serba
kekurangan (tradisional) . Mereka juga merupakan golongan yang tidak sihat,
berpenyakit dan sesetengah negara mengalami masalah kebuluran. Kegiatan ekonomi
banyak bergantung pada hasil pertanian utama yang tidak komersial dan berbentuk
sara diri, rendah harga pasaran dan tidak begitu berkualiti. Faktor-faktor
1. Pertambahan penduduk yang amat pesat sama ada
secara semula jadi atau migrasi menyebabkan sumber yang ada tidak mampu
menampung bilangan penduduk yang ramai. 2. Kemerosotan bekalan sumber alam akibat
eksploitasi berlebihan untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin
bertambah. 3. Kemerosotan permintaan terhadap tenaga kerja.
berlaku apabila kegiatan ekonomi merosot menyebabkan tiada peluang pekerjaan
baru diwujudkan.
Kesan terhadap status sosioekonomi Kesan positif 1. Tenaga buruh yang ramai. Bilangan penduduk yang
ramai menyediakan tenaga kerja untuk menggerakkan industri dalam negara. 2. Meluaskan pasaran domestik bagi barangan dan
perkhidmatan ekoran bilangan penduduk yang ramai. 3. Ancaman terhadap keselamatan negara dapat
dikurangkan kerana memiliki saiz anggota tentera yang besar.
Kesan negatif 1. Tekanan terhadap sumber dan ancaman kepupusan
atau kehabisan sumber 2. Ekonomi negara sukar dimajukan. Taraf hidup
penduduk rendah, kemiskinan berleluasa, wujud persaingan dan pengangguran. 3. Taraf sosial penduduk rendah. Kurang kemudahan
pendidikan, meluasnya buta huruf, tahap kesihatan rendah, kemudahan-kemudahan
asas tidak dapat disediakan dan tahap ketersampaian rendah.
Apakah kaitan diantara hubungan alam
sekitar dan manusia dengan bandar?
Hubungan alam sekitar dan manusia.
·Manusia dan alam sekitar merupakan komponen penting
dalam ekosistem.
·Setiap unit ekosistem saling berhubung.
·Alam sekitar fizikal adalah tempat tinggal manusia dan
kehidupan manusia sangat dipengaruhi oleh persekitarannya.
·Manusia juga bertindak menggubah alam sekitar fizikal
sama ada bersifat fizikal ataupun budaya.
ØFizikal: Perubahan kepada tumbuhan, guna tanah, air dan
udara.
ØBudaya: pembinaan petempatan seperti rumah, kilang,
jalan dan sbg.
·Aktiviti manusia terhadap alam sekitar menghasilkan
keluaran bagi kegunaan manusia itu sendiri.
·Fenomena ini disebut sebagai alam sekitar gubahan
manusia.
·Hubungan antara manusia dan alam sekitar meninggalkan
kesan secara langsung seperti pembentukkan dan kejadian fenomena geografi sama
ada dalam bentuk fizikal atau budaya. Keadaan ini disebut sebagai alam sekitar
manusia.
·Alam sekitar manusia bersifat dinamik dan berubah mengikut
waktu dan tempat.
Contoh: pada zaman dahulu, manusia membina
petempatan yang kecil dan kehidupan bergantung kepada kegiatan pemburuan atau
pertanian kecil-kecilan. Jumlah penduduk tidak ramai dan tiada kemudahan asas. Alam sekitar fizikal juga tidak banyak
berubah dan budaya juga tidak kompleks. Berbanding pada masa kini, kegiatan
manusia melibatkan interaksi dengan kawasan yang luas. Aktiviti manusia juga
pelbagai, sebagai contoh manusia yang tinggal di luar Bandar menjalankan
aktiviti pertanian di kawasan yang luas berbanding di Bandar mereka lebih
mengutamakan aktiviti ekonomi dan pembuatan.
·Penduduk di bandar lebih cenderung untuk menghasilkan
fenomena persekitaran fizikal atau budaya berbanding luar bandar.
·Penggunaan sumber alam sekitar oleh manusia mewujudkan
corak guna tanah, pola letakan, dan taburan.
·Kegagalan mengurus sumber alam sekitar menyebabkan
berlakunya pelbagai masalah.
Penggunaan tumbuhan sebagai kegunaan
seharian telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Selain digunakan sebagai bahan
binaan, tumbuhan juga turut digunakan sebagai bahan penyembuh bagi mengubati
penyakit. Tumbuhan yang berfungsi sebagai apotik di muka bumi berpotensi besar
dalam penghasilan penawar yang dihidapi oleh manusia dan digunakan serta
diwarisi oleh manusia secara turun temurun (Fatan :2007). Menurut Kamal (1994),
sebelum perubatan moden wujud, manusia menggunakan herba dan akar kayu untuk
dijadikan ubat atau penawar. K.Mat-Salleh (2001) menyatakan bahawa ekosistem
hutan Malaysia kaya dengan pelbagai tumbuhan liar yang bermanfaat yang
mempunyai hubungan dengan kebudayaan sesuatu masyarakat. Kepentingan herba
kemudian diperkembangkan melalui perubatan moden dari masa kesemasa dengan
pencampuran denganbahan kimia supaya
ubat atau penawar agar lebih berkesan. Penggunaan perubatan berasaskan herba
kurang dipraktikkan pada zaman kini terutama oleh masyarakat moden kerana kurang
pengetahuan mengenai penggunaan tumbuhan herba dan tidak tahu darimanakah
sumber asli ini diperoleh. Kekurangan pengetahuan sebegini menyebabkan
penggunaan tumbuhan herba dalam kehidupan seharian makin hilang dalam
masyarakat (Kamal :1994).
Kamal (1994) turut menyatakan bahawa
masyarakat Asia kaya dengan herba dan perubatan tradisional kerana faktor
konteks iaitu dikelilingi oleh sumber alam semulajadi dari dalamhutan hujan tropika. Di Malaysia khasnya, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai
keistimewaan sendiri dalam menjalani kehidupan mereka. Mereka merupakan
masyarakat yang mempunyai kepakaran dalam penggunaan tumbuhan terutama dalam
perubatan tradisi (Azizah : 1996). Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai
kaedah tersendiri bagi menghasilkan ubatan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Perubatan tradisional berkait rapat
dengan sejarah sosio budaya manusia. Setiap masyarakat di dunia ada sejarah
perubatan asli tersendiri. Di Malaysia, perubatan tradisional terbahagi tiga
iaitu Melayu/Orang Asli, Cina dan India. Perubatan Cina berasaskan Confucius,
India Ayurveda manakala Melayu campuran budaya Hindu, Arab dan Orang Asli.
Walaubagaimanapun, semuanya ada ciri sepunya iaitu bahan mentahnya berasal dari
tumbuhan (Fatan:2007). Ini membuktikan walaupun terdapat kaedah yang berbeza dalam
penggunaan ubatan bagi setiap bangsa, namun asas kepada penghasilan ubatan
tersebut adalah tumbuh-tumbuhan.
Penggunaan tumbuhan herba dalam masyarakat
di Malaysia memang telah sebati walaupun pada masa kini terdapat campuran bahan
kimia dalam ubatan herba. Masyarakat tetap menggunakan ubatan yang berasaskan
herba walaupun zaman telah berubah. Menurut Rosnawati
(1999), masyarakat Melayu mempunyai tradisi dan keistimewaan tersendiri dalam
menjalani kehidupan seharian mereka.Masyarakat Melayu
merupakan masyarakat yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan tumbuhan
terutama dalam pengubatan tradisi. Kebanyakkan dari masyarakat ini terdiri
daripada kumpulan etnik yang pandai memanfaatkan hasil hutan terutama untuk
tujuan perubatan. Ini dibuktikan berdasarkan wujudnya pengamal ubatan tradisi
di kampung-kampung orang Melayu sama ada dukun, bomoh, pawang dan sebagainya. Fatan
(2007) berpendapat masyarakat Melayu mempunyai kemahiran dan pengatahuan
farmaseutikal tentang tumbuh-tumbuhan dan dapat menentukan ubat dan penawar
kepada pelbagai jenis penyakit.
Pengalaman dan kepakaran masyarakat Melayu tentang perubatan
tradisi melalui tumbuhan telah menarik para pengkaji untuk mengcungkir lebih
banyak rahsia tentang tumbuhan untuk kegunaan manusia terutamanya dalam bidang
perubatan. Setengah perubatan tradisi dapat dijelaskan melalui bukti-bukti
saintifik, banyak kajian yang dijalankan berjaya memberi pengesahan terdapat
kebekesanan terapi sediaan-sediaan herba (Rosnawati :1999). Menurut Fatan
(2007), kawasan hutan tropika Malaysia khususnya di hutan hujan tropika Durian
Tuang, Mukim Sanggang, Temerloh Pahang mempunyai kepelbagaian sepsis tumbuhan
yang mempunyai nilai perubatan yang amat berharga. Masyarakat Melayu di kawasan
tersebut telah lama menggunakan ramuan daripada ‘rempah gunung’ dan ‘teja’
sebagai satu teknik atau kaedah bagi menyembuhkan beberapa jenis penyakit.
Beliau turut menyatakan dalam kajian Aishah dan Aziz (1995) menunjukkan
penggunaan tumbuhan dan budaya telah mempengaruhi sistem pemakanan dan
perubatan masyarakat Melayu. Masyarakat terdahulu mengenalpasti kegunaan tumbuhan
dengan
memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh
binatang peliharaan seperti kucing. Pemerhatian terhadap kesan pengambilan
tumbuhan oleh haiwan terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat akan
menambah pengetahuan mereka mengenai mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang
berkhasiat ataupun beracun lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri
untuk dijadikan bahan perubatan (Azura :1999).
Kajian Aishah dan Aziz (1995)
mendapati bahawa budaya dalam sesuatu bangsa menentukan jenis tumbuhan dan
bahagian manadaaripada tmbuhan tersebut yang boleh dimakan, dibuat perhiasan
dan dijadikan penawar. Dalam kajian Sofowora (1982), beliau menjelaskan mengenai
fungsi tumbuhan ubatan dan tumbuhan makanan dimana tumbuhan ubatan berfungsi
sebagai penawar kepada sesuatu penyakit atau sebagai penghindar daripada
sesuatu penyakit. Tumbuhan makanan pula berfungsi menghilangkan lapar dan
menyihatkan badan. Fatan (2007) menyatakan bahawa masyarakat Melayu mempunyai
pertalian erat dengan alam sekitar dimana kebanyakkan sistem perubatan
masyarakat Melayu menggunakan tumbuhan ubatan sebagai asas rawatan, penjagaan
kesihatan dan pemakanan. Beliaun menambah lagi, masyarakat Melayu menggunakan
pelbagai kaedah dalam penyediaan ramua ubatan dari tumbuh-tumbuhan. Antara
kaedah yang digunakan ialah merebus, celur, perah, menumbuk, menjemur,
merendam, membakar dan malayur adalah beberapa kaedah biasa yang digunakan untuk
menyediakan ramuan ubatan menggunakan tumbuhan. Sapu, gosok, tuam, urut, makan,
minum dan mandi merupakan kaedah penggunaan ramuan ubatan tersebut.
Dalam penulisan G. Kusalah (2001),
beliau berpendapat kaum etnik di Malaysia terkenal dalam amalan penggunaan
tumbuhan dalam kehidupan seharian. Tumbuhan yang digunakan dalam kehidupan
seharian ini diperoleh dengan pelbagai cara. Beliau turut menyebut tentang
kajian Lina (1993) yang mneyatakan bahawa di didalam masyarakat Semai, 97
spesis tumbuhan digunakan dari habitat asli, 62 spesis dijumpai dalam habitat masa
kini, dan 888 spesis tidak ditanam iaitu hidup meliar. Penggunaan tumbuhan
herba tidak terkecuali juga bagi masyarakat Sabah dan Sarawak (K.Mat Saleh : 2001).
Taburan pelbagai masyarakat di kawasan yang kaya dengan hasil hutan menyebabkan
tumbuh-tumbuhan turut digunakan sebagai ubatan bagi merawat penyakit. Sebagai
contoh di Sabah, kaum etnik terbesar sepeti Kadazan/Dusun, Bajau dan Murut masih
mengamalkan sistem cara hidup tradisional dimana masih menggunakan tumbuhan sebagai
bahan perubatan. Namun menurut beliau lagi, perubahan masa menyebabkan generasi
baru kurang mengetahui mengenai khazanah alam yang bernilai tinggi dimana
generasi muda berpindah ke kawasan bandar. Bagi meningkatkan penggunaan
tumbuhan herba dalam kehidupan seharian, penyelidikan berasaskan tumbuhan herba
perlu dipertingkatkan.
Menurut Ibrahim (2004), pasaran pasaran
ubatan herba di Malaysia mengalami pertumbuhan yang luar biasa, pendekatan
penyelidikan baru-baru ini telah meliputi aktiviti untuk membangunkan ubatan
herba menjadi produk yang berkualiti, berkesan dan selamat untuk penggunaan
manusia. Kemajuan dalam teknik-teknik kromatografi dan spektroskopi telah
memberi impak yang sangat besar ke atas pengasingan dan elusidasi struktur
kandungan tumbuhan ubatan. Menurut Nazrul (2009), masyarakat yang pelbagai
etnik dan bangsa yang menjadi pengguna mula terarah kepada produk semula jadi
berasaskan tumbuhan herba dimana mereka kini memilih untuk menjadikan tumbuhan herba
sebagai bahan utama kegunaan harian. Produk
tersebut merangkumi ubat-ubatan, makanan atau produk penjagaan kesihatan
berasaskan herba yang kini semakin popular digunakan dalam kalangan masyarakat.
Penggunaan
tumbuhan dan herba sebagai ubat dalam masyarakat di Malaysia khasnya
masyarakat Melayu telah memakan zaman. Tradisi ini sejajar dengan keistimewaan
bumi Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan pelbagai flora (Salim :1999). Menurut
Fatan (2007), keadaan geografi (iklim, struktur tanah tanih, dan sistem
saliran) di sesuatu kawasan yang ditumbuhi hutan jenis tropika atau
khatulistiwa bukan sahaja menawarkan landskap hijau yang menarik, malah
kahijauan hutan tersebut tersimpan banyak manfaat dari segi berubatan kepada
masyarakat yang menggunakannya. Oleh itu, penggunaan herba dalam kepelbagaian
masyarakat sangat popular dan menjadi amalan sehingga kini.
Rujukan
1.K.Mat-Salleh, 2001, Peranan Tumbuhan Di
Dalam Budaya Masyarakat Tempatan: Status Kajian Etnobotani Masa Kini Di
Malaysia, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam Fakulti Sains dan
Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Saims Malaysiana.
2.Fatan Hamamah, 2007, Potensi
Tumbuh-Tumbuhan sebagai Ubat-Ubatan, Bahagian Antropologi dan Sosiologi,
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Jurnal
e-Bangi.
3.Ibrahim Jantan, 2004, Medical Plant Research
in Malaysia: Scientific Interests and Advances, Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
2(2) 2004: 27-46
4.Azura, 1999, Kepentingan Tumbuhan Herba
Bagi Masyarakat Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
5.Kamal, 1994, Kompleks Herba Sebagai
Pemangkin Kesan Rumah Hijau: PEMBANGUNAN SEMULA TAMAN HERBA NEGERI PERLIS
SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN TIDAK FORMALKEPADA MASYARAKAT.
6.Rosnawati, 1999, Perubatan
Tradisi Melalui Penggunaan Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
7.Razak, April-1996, Perubatan
Tradisional Antara Manfaat Dan Risiko, Dewan Kosmik.