CARI TAJUK

Jumaat, 28 September 2012

APA ITU NEGARA SEDANG MEMBANGUN?

APA ITU NEGARA SEDANG MEMBANGUN?
Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang terbesar dalam dunia. Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan kepada konsep pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat dari sudut sejarah, boleh dikatakan hampir keseluruhan negara dunia ketiga ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan negara-negara barat, terutamanya negara kuasa barat yang suatu masa dahulu menjajah negara dunia ketiga.
Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan menakluk negara tersebut. Negara imperialisme ini mengamalkan dasar-dasar negara mereka dan memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis mereka di negara jajahan mereka. Pada asalnya negara-negara dunia ketiga ini merupakan negara yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pertanian, hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan dengan struktur sosial-politik yang stabil dan bebas daripada kawalan dan cengkaman negara asing.
Keadaan ini berubah selepas kedatangan pihak barat yang menjajah negara mereka dan telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis ekonomi kerana segala khazanah alam dan hasil bumi yang lumayan talah dimiliki dan diambil oleh pihak penjajah. Dengan itu juga maka bermulalah satu proses pembangunan semula di negara-negara dunia ketiga. Akibat daripada proses pembangunan yang tidak seimbang di negara dunia ketiga ini telah mewujudkan negara yang dikenali sebagai negara miskin dan negara barat yang menjajah itu dikenali sebagai negara kaya.
DEFINISI NEGARA DUNIA KETIGA
Negara-negara dunia ketiga ataupun juga dikenali sebagai negara sedang membangun ini dikelasifikasikan sebagai negara yang tidak mempunyai sebarang industri yang sofistikated dan mempunyai pendapatan perkapita yang rendah. Negara ini meliputi hampir keseluruhan di benua Afrika, Asia dan negara-negara Amerika Selatan.
Sebarang ekonomi di negara dunia ketiga dikategorikan sebagai murahan dan mempunyai tenaga kerja yang tidak berskil langsung.Terdapat hampir 70% daripada penduduk dunia ketiga terlibat dalam aktiviti pertanian yang serba kekurangan (tradisional) . Mereka juga merupakan golongan yang tidak sihat, berpenyakit dan sesetengah negara mengalami masalah kebuluran. Kegiatan ekonomi banyak bergantung pada hasil pertanian utama yang tidak komersial dan berbentuk sara diri, rendah harga pasaran dan tidak begitu berkualiti. Faktor-faktor
 
1. Pertambahan penduduk yang amat pesat sama ada secara semula jadi atau migrasi menyebabkan sumber yang ada tidak mampu menampung bilangan penduduk yang ramai.
2. Kemerosotan bekalan sumber alam akibat eksploitasi berlebihan untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.
3. Kemerosotan permintaan terhadap tenaga kerja. berlaku apabila kegiatan ekonomi merosot menyebabkan tiada peluang pekerjaan baru diwujudkan.

Kesan terhadap status sosioekonomi
Kesan positif
1. Tenaga buruh yang ramai. Bilangan penduduk yang ramai menyediakan tenaga kerja untuk menggerakkan industri dalam negara.
2. Meluaskan pasaran domestik bagi barangan dan perkhidmatan ekoran bilangan penduduk yang ramai.
3. Ancaman terhadap keselamatan negara dapat dikurangkan kerana memiliki saiz anggota tentera yang besar.

Kesan negatif
1. Tekanan terhadap sumber dan ancaman kepupusan atau kehabisan sumber
2. Ekonomi negara sukar dimajukan. Taraf hidup penduduk rendah, kemiskinan berleluasa, wujud persaingan dan pengangguran.
3. Taraf sosial penduduk rendah. Kurang kemudahan pendidikan, meluasnya buta huruf, tahap kesihatan rendah, kemudahan-kemudahan asas tidak dapat disediakan dan tahap ketersampaian rendah.

1 ulasan: