CARI TAJUK

Jumaat, 28 September 2012

Apakah kaitan diantara hubungan alam sekitar dan manusia dengan bandar?

-->
Apakah kaitan diantara hubungan alam sekitar dan manusia dengan bandar?

Hubungan alam sekitar dan manusia.
·         Manusia dan alam sekitar merupakan komponen penting dalam ekosistem.
·         Setiap unit ekosistem saling berhubung.
·         Alam sekitar fizikal adalah tempat tinggal manusia dan kehidupan manusia sangat dipengaruhi oleh persekitarannya.
·         Manusia juga bertindak menggubah alam sekitar fizikal sama ada bersifat fizikal ataupun budaya.
         
Ø  Fizikal: Perubahan kepada tumbuhan, guna tanah, air dan udara.
Ø  Budaya: pembinaan petempatan seperti rumah, kilang, jalan dan sbg.

·         Aktiviti manusia terhadap alam sekitar menghasilkan keluaran bagi kegunaan manusia itu sendiri.
·         Fenomena ini disebut sebagai alam sekitar gubahan manusia.
·         Hubungan antara manusia dan alam sekitar meninggalkan kesan secara langsung seperti pembentukkan dan kejadian fenomena geografi sama ada dalam bentuk fizikal atau budaya. Keadaan ini disebut sebagai alam sekitar manusia.
·         Alam sekitar manusia bersifat dinamik dan berubah mengikut waktu dan tempat.
              Contoh: pada zaman dahulu, manusia membina petempatan yang kecil dan kehidupan bergantung kepada kegiatan pemburuan atau pertanian kecil-kecilan. Jumlah penduduk tidak ramai dan tiada kemudahan asas.  Alam sekitar fizikal juga tidak banyak berubah dan budaya juga tidak kompleks. Berbanding pada masa kini, kegiatan manusia melibatkan interaksi dengan kawasan yang luas. Aktiviti manusia juga pelbagai, sebagai contoh manusia yang tinggal di luar Bandar menjalankan aktiviti pertanian di kawasan yang luas berbanding di Bandar mereka lebih mengutamakan aktiviti ekonomi dan pembuatan.
·         Penduduk di bandar lebih cenderung untuk menghasilkan fenomena persekitaran fizikal atau budaya berbanding luar bandar.
·         Penggunaan sumber alam sekitar oleh manusia mewujudkan corak guna tanah, pola letakan, dan taburan.
·         Kegagalan mengurus sumber alam sekitar menyebabkan berlakunya pelbagai masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan