CARI TAJUK

Khamis, 27 September 2012

Kesan-kesan aktiviti perladangan terhadap kawasan pinggir pantai.Kajian kes di kawasan Sungai Kinabatangan dan sekitarnya.


Kesan-kesan aktiviti perladangan terhadap kawasan pinggir pantai.Kajian kes di kawasan Sungai Kinabatangan dan sekitarnya.

Pendahuluan
Pinggir pantai merupakan kawasan atau zon pertembungan di antara daratan,laut dan udara(atmosfera).Pinggir pantai dapat didefinisikan sebagai satu kawasan jaluran daratan dan kawasan laut yang berada bersebelahan dengannya yang saling bergantungan antara satu sama lain.Kawasan pantai merupakan kawasan yang mudah berubah serta sangat bergantung kepada faktor-faktor fizikal yang berada di sekelilingnya.Faktor-faktor fizikal seperti tumbuhan dan batuan berfungsi melindungi kawasan pantai daripada sebarang bentuk gangguan yang berupaya mengubah bentuk pandang darat kawasan pinggir pantai.Sekiranya berlaku sebarang gangguan perubahan yang kecil,agen-agen semulajadi berupaya untuk memulihkan semula perubahan yang dibawa oleh gangguan tersebut (Jamaludin Md Jahi.1996).

Perladangan merupakan sektor ekonomi primer yang terpenting di Malaysia.Tanaman perladangan yang paling banyak di Malaysia iaitu tanaman kelapa sawit sahaja meliputi 4,960,853 juta hektar (Berita Sawit,Februari 2011).Menerusi sektor perladangan,negara menjana pendapatan melalui eksport produk berasaskan kelapa sawit sebanyak RM 59,771.5 juta.Ini memperlihatkan bahawa sektor perladangan di Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi Negara.


Kepentingan kawasan pinggir pantai kepada manusia tidak boleh disangkal lgi.Dua pertiga penduduk dunia mendiami kawasan zon pinggir pantai (UNEP, 1999).Secara tidak langsung masalah pencemaran yang berlaku sudah semestinya member impak kepada kehidupan manusia sama ada dari segi aspek sosial, ekonomi dan juga kesihatan.Malaysia merupakan sebuah negara-negara membangun lain, tidak terlepas dari masalah pencemaran, antara pencemaran yang paling dominan di Malaysia adalah pencemaran air dan udara.Kerosakan persekitaran mula dirasai berikutan negara mencapai kadar pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, perbandaran, pertanian, perlombongan, pelancongan(Mohd Rozali Othman,2006).Kawasan pinggir pantai juga berfungsi kepada manusia sebagai kawasan petempatan,kawasan ekonomi serta perhubungan.Kawasan pinggir pantai merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana kebanyakan bandar-bandar terletak di kawasan pinggir pantai seperti bandaraya Kota Kinabalu,Kuantan dan Johor Bharu.Senario semasa di Malaysia menunjukkan semakin banyak kawasan pinggir pantai yang tercemar.Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan pinggir pantai.

Kesan-kesan aktiviti perladangan terhadap kawasan pinggir pantai

Aktiviti perladangan kelapa sawit memberikan kesan positif kepada ekonomi negara.Walaubagaimanapun,aktiviti ini tetap mempunyai kesan negatif secara langsung kepada alam sekitar.Kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan melebihi separuh daripada keluasan keseluruhan daerah ini.Kewujudan ladang kelapa sawit yang begitu luas mewujudkan kilang-kilang yang beroperasi untuk memproses hasil daripada ladang.Terdapat 30 buah kilang memproses kelapa sawit berhampiran dengan sungai Kinabatangan(WWF Malaysia,2007).Kebanyakan bahan buangan atau sisa influent dari kilang-kilang pemprosesan akan disalurkan ke sungai Kinabatangan selepas menjalani pross rawatan,tetapi masih terdapat kilang-kilang persendirian yang menjalankan rawatan sisa buangan yang tidak mengikut piawaian.Faktor ini menjadi penyumbang kepada kemerosotan kualiti air di sungai Kinabatangan.Kemerosotan kualiti air sungai Kinabatangan ini seterusnya menjejaskan kawasan pinggir pantai yang menerima saliran daripada sungai Kinabatangan.Kandungan bahan kimia merbahaya yang terkandung dalam sisa buangan dari kilang kelapa sawit berupaya untuk memusnahkan hidupan-hidupan akuatik seperti plankton yang menjadi sumber primer kepada hidupan akuatik lain.Bahan cemar dari kilang pemprosesan kelapa sawit juga member kesan kepada kualiti air dimana ianya menukar warna air kepada warna yang keruh.

Pengunaan baja kimia dalam aktiviti perladangan kelapa sawit juga turut memberi kesan kepada pinggir pantai khususnya hidupan yang menjadikan pinggir pantai sebagai habitat.Antara unsur bahan kimia yang wujud dalam komposisi baja untuk perladangan kelapa sawit adalah logam kadmium dan zink. Dimana sebagai contohnya zink yang bercampur dengan kuprum atau ammonia memberikan kesan ketoksikan yang tinggi kepada organisma(Zaini Ujang, 2007).Kandungan bahan kimia dalam baja mampu memusnahkan hidupan akuatik yang kebanyakannya sensitif kepada perubahan persekitaran terutamanya nilai keasidan air atau Ph air.Penggunaan racun kawalan serangga perosak juga turut menjadi faktor kepada penurunan kualiti air.Penggunaan racun kawalan serangga perosak secara kerap di ladang terutamanya racun serangga perosak jenis Paraquat yang merupakan racun serangga paling bertoksid yang dipasarkan yang masih dipasarkan merebak kedalam ekosistem sungai semasa pengendalian,percampuran dan penyeburan yang dilakukan oleh pekerja ladang(Greasy palms,2003) Penggunaan racun lain seperti DDT sungai tercemar akibat dibawa oleh air hujan.Densiti hujan yang tinggi di Malaysia menyebabkan air larian membawa sisa racun perosak dari kawasan pertanian dari suatu kawasan sungai dikawasan pertanian turut mengalir ke dalam sungai lain dan akan menyebabkan sungai-sungai yang lain turut tercemar.Air larian yang memasuki sungai daripada kawasan perladangan boleh mengandungi bahan organic dan sisa baja kimia. Kemerosotan kualiti sumber air ini dikesan melalui nilai pH. (Prof. Madya Dr. Mohd Ismail Yaziz. 2001).Pencemaran air di sungai juga seterusnya mengakibatkan pencemaran di kawasan pinggir pantai.

          Pembukaan tanah baru bagi kawasan ladang kelapa sawit berhampiran dengan sungai Kinabatangan juga mengakibatkan air sungai berkelodak.Kelodak yang terhasil akibat pembentukan lumpur daripada kawasan yang telah diteroka untuk tujuan perladangan kelapa sawit.Kelodak lumpur ini seterusnya dibawa oleh aliran sungai ke kawasan pinggir pantai dan seterusnya mengakibatkan mendapan lumpur di kawasan berkenaan.Kesan daripada mendapan lumpur ini menyebabkan air di kawasan pinggir pantai menjadi keruh.Selain itu juga,habitat haiwan juga akan terjejas akibat kemusnahan habitat mereka akibat mendapan lumpur dari kawasan perladangan.Mendapan lumpur juga mengakibatkan pandang darat kawasan pinggir pantai turut berubah.
           Pembinaan penempatan pekerja di kawasan ladang-ladang juga menjadi faktor kepada kemerosotan kualiti air di sungai dan juga kawasan pinggir pantai.Sisa buangan domestik yang terhasil daripada kawasan perumahan pekerja kebanyakannya di buangan ke dalam sungai akibat tiada sistem pengurusan sampah yang sistematik di kawasan ladang-ladang kelapa sawit.Selain itu,sisa kumbahan juga turut disalirkan ke kawasan sungai.Impak daripada pembuangan sisa-sisa domestik dan kumbahan ini ke kawasan saliran secara langsung memberikan kesan kepada kawasan pinggir pantai dan sampah sarap yang dibawa oleh aliran sungai tadi terkumpul di kawasan pinggir pantai.
Langkah-langkah berintergrasi untuk mengatasi kesan negatif daripada aktiviti perladangan kelapa sawit terhadap pinggir pantai.
Bagi mengatasi masalah yang timbul akibat perladangan kelapa sawit,kelompok atau pihak yang berkaitan dengannya haruslah menjalinkan kerjasama bagi membendung masalah ini.Pembangunan perladangan kelapa sawit ini bukanlah harus dihentikan serta merta bagi menghalang kesan-kesan negatif yang dibawa tetapi langkah yang wajar patut diambil bagi melindungi sumber ekonomi masyarakat yang bergantung hidup kepa aktiviti perladangan kelapa sawit.
          Langkah perundangan seperti mewartakan kawasan tebing sungai sebagai kawasan rizab kekal patut diperketatkan lagi.Walaupun undang-undang atau warta ini sudah dijalankan,tetapi pihak yang berkaitan seperti Jabatan Perhutanan dan Jabatan Saliran perlu mempertingkatkan lagi mutu kawalan atau mempertingkatkan lagi pemantauan ke atas kawasan perladangan kelapa sawit yang berhampiran dengan sungai.Tindakan yang tegas perlu dilaksanakan terhadap syarikat atau persendirian seperti mengenakan saman yang berpadanan dengan kesan yang telah disebabkan oleh pemilik ladang berkenaan.Bagi memastikan langkah ini berjaya,pihak berkuasa haruslah tidak berkompromi seperti menerima rasuah bertujuan melindungi pihak yang bersalah.Hal ini perlu dibendung bersama agar langkah ini berkesan bagi memastikan perlindungan kepada alam sekitar sentiasa dititikberatkan.
          Rawatan sisa-sisa influent daripada kilang kelapa sawit mampu mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar.Pemilik kilang pemprosesan haruslah menyediakan kawasan rawatan sisa influent sebelum melepaskannya ke dalam sistem saliran atau sungai.Jabatan yang berkaitan iaitu Jabatan Alam Sekitar haruslah melakukan proses pemantauan bagi memastikan proses rawatan sisa influent berkenaan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan bagi memastikan sisa-sisa influent tersebut tidak mencemarkan sumber air dan saliran yang seterusnya member impak kepada kawasan pinggir pantai.
          Pembukaan ladang-ladang baru untuk penanaman kelapa sawit juga harus diperketatkan.Pembukaan ladang baru haruslah menepati piawaan yang telah ditetapkan oleh akta atau undang-undang yang telah ditetapkan.Pembukaan ladang baru yang berhampiran dengan sungai dan kawasan pinggir pantai harus dikaji impaknya bagi memastikan kawasan-kawasan berkenaan sentiasa dalam keadaan terpelihara daripada pencemaran.Enviroment Impact Assesment (EIA) harus dijalankan sebelum pembukaan ladang-ladang untuk penanaman kelapa sawit ini dibuka bagi memastikan tidak berlaku
sebarang gangguan terhadap alam sekitar yang boleh mengakibatkan kerosakan terhadapnya.
Kesimpulan
Kerancakan sektor perladangan di Malaysia memberikan kesan secara langsung kepada alam semula jadi khususnya kepada lembangan saliran dan pinggir pantai.Punca pencemaran yang berlaku di kawasan sungai yang mengakibatkan kerosakan terhadap kawasan pinggir pantai harus ditangani secara efektif agar ekosistem fizikal dan manusia tidak terganggu tanpa menganggu kegiatan ekonomi yang menjadi pemacu dalam ekonomi negara.
Rujukan
Greasy palms. 2003. The social and ecological impacts of large-scale oil
palm plantation development in South East Asia. (Chapters A–J)

Haliza Abdul Rahman. (2007). Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia   8-9 September 2007,dibentangkan di Persidangan Geografi 2007,anjuran           UPSI. 
Mohd Rozali Othman etc.al. (2006).  The Malaysian Journal of Analytical Sciences,               Aktiviti Penanaman Padi Terhadap Kualiti Air.
Rosazman Hussin & Ahmad Puad Mat Som. (2008).  Sosiohumanika.Ecotourism,
          Conservation Programme and Local Community Participation:Conflict of Interest in
          Sukau Village of Sabah,Malaysia

State Environmental Conservation Department (ECD), Sabah, Malaysia. 2002.
Environmental Impact Assessment (EIA) Guidelines Oil Palm Plantation Development.

Teoh Cheng Hai etc.al. (2001). Balancing the Need for Sustainable Oil Palm Development
          And Conversation.The Lower Kinabatangan floodplains experience.                         

Laman web
http://www.mpob.gov.my/.Diakses pada 9 Disember 2011.




2 ulasan: