CARI TAJUK

Rabu, 26 September 2012

APA ITU PEMBETULAN RADIOMETRIK

APA ITU PEMBETULAN RADIOMETRIK

Pembetulan radiometrik- Fluks sinaran yang dirakamkan oleh sistem penderia bagi sesuatu jalur itu terbentuk biasanya melambangkan fluks sinaran yang sebenar bagi objek bumi yang dicerapi itu.


Kesalahan radiometrik disebabkan:-

a. Penderia rosak ataupun tidak dikalibrasikan dengan sempurna.
b. Keadaan cuaca yang tidak terang juga mengganggu penderiaan imej kerana objek yang dikesani itu tidak mewakili keadaan sebenar. Gangguan begini dipanggil atenuasi atmosfera dan imej perlu diperbetul.

Atenuasi atmosfera tidak perlu diperbetul sekiranya kajian menitikberatkan kawasan yang luas mengenai litupan bumi seperti perubahan guna tanah, perbandaran dan litupan air. Ini disebabkan gangguan atenuasi atmosfera kecil sahaja dan biasanya tidak mengganggu isyarat ciri permukaan bumi yang dikaji atau memberikan perbezaan ketara mengenai kajian. Tetapi sekiranya objek yang dikaji itu merupakan ciri-ciri yang khusus atau lebih terperinci mengenai maklumat biofizikal seperti klorofil, bahan ampaian, suhu permukaan, biomes, dan peratus kanopi, di mana perbezaan pantulan tidak ketara, maka perbezaan yang sedikit perlu diperbetul untuk menampakkan perbezaan kecil yang diperlukan itu. Untuk data perincian sedemikian kalibrasi dengan pengukuran data di lapangan perlu dilakukan. Cracknell dan Hayes (1993) menggunakan model atmosfera untuk membetulkan data penderiaan jauh. Untuk mengurangkan kesan daripada atenuasi atmosfera pengkaji juga boleh menggunakan pelbagai jalur pada spektum yang dikesan. Diharapkan maklumat yang diperoleh daripada penggunaan pelbagai jalur dapat menambah maklumat dan menjelaskan lagi kajian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan