CARI TAJUK

Jumaat, 28 September 2012

APAKAH MAKSUD PEMILIHAN SEMULAJADI?



 APAKAH MAKSUD PEMILIHAN SEMULAJADI?

Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan ’Pemilihan semulajadi’(Natural selection)?

Soalan 2:
 
Apakah perbezaan antara adaptasi fisiologi dan adaptasi morfologi?

Jawapan:
1)   Pemilihan semulajadi bermaksud satu proses perubahan penyesuaian terbaik sesuatu hidupan terhadap alam sekitarnya. Keadaan ini bermaksud, sesuatu hidupan atau organisma dalam sesuatu populasi akan menyesuaikan diri mengikut keadaan sekeliling yang sukar atau bukan habitat asal bagi meneruskan hidup dan meneruskan proses pembiakan.

2)   Adaptasi bermaksud penyesuaian terhadap persekitaran. Adaptasi morfologi merupakan proses penyesuaian sesuatu hidupan atau organisma dalam perubahan bentuk fizikal  bagi kelangsungan hidup di sesuatu persekitaran yang berlainan dari tempat asal. Perubahan bentuk fizikal bermaksud perubahan dari segi gigi, kulit, paruh, kuku, bentuk daun, ketinggian, jumlah daun dan sebagainya. Sebagai contoh, beruang kutub mempunyai bulu yang lebat dan kulit yang tebal dimana ia berfungsi sebagai pembekal haba untuk badan agar tidak mengalami kesejukkan di persekitaran yang sejuk. Bagi tumbuhan pula, kaktus mampu beradaptasi dengan iklim yang kering kerana bahagian batang pokok tersebut mampu menyimpan air berbanding tumbuhan lain. Perubahan sesuatu fungsi fizikal untuk meneruskan kelangsungan hidup dikenali sebagai adaptasi fisiologi. Adaptasi ini berkaitan dengan fungsi alat-alat tubuh yang terdapat pada hidupan bagi kelangsungan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan